PERTUBUHAN SINAR AMAL

Dimulakan pada Feb 10, 2022

MOHON SUMBANGAN UNTUK RAWATAN PESAKIT DIALISIS

RM560 / 1.87 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MOHON SUMBANGAN UNTUK RAWATAN PESAKIT DIALISIS (PDSA) DAN BANTUAN YANG ANDA BERIKAN INI AKAN DIBAHAGIKAN KEPADA MEREKA MENGIKUT KEPERLUAN. JOM BANTU !

Sumbangan anda amatlah diperlukan, hulurkan tangan ringankan beban pesakit dialisis.


Untuk makluman para dermawan, ada di antara pesakit-pesakit dialisis di Pusat Dialisis Sinar Amal-PDSA Kampar sudah tidak mampu bekerja dan hanya dapat sedikit bantuan kewangan untuk kelangsungan hidup. Oleh demikian, dengan bantuan yang sedikit itu tidak dapat menampung kos-kos rawatan dialisis yang perlu mereka jalani setiap tiga (3) kali seminggu.


Jadi kami berharap peluang ini digunakan sebaiknya oleh para dermawan dan pihak prihatin untuk menyumbang derma walaupun RM10 kepada pihak kami demi meringankan beban kos rawatan ditanggung pesakit dialisis yang kurang berkemampuan.



Sumbangan anda akan meringan beban pesakit dengan membantu kos-kos rawatan yang ditanggung oleh pesakit. Kami di Pertubuhan Sinar Amal akan menyalurkan sumbangan yang anda berikan dengan menaggung kos pembayaran kos rawatan dialisis (EPO) dan juga kos pengangkutan pergi balik. 


Senarai penerima manfaat akan menerima bantuan yang berbeza seperti ada beberapa pesakit yang perlu berulang-alik daripada rumah ke pusat dialisis seminggu 3 kali dengan jarak perjalanan sehala 30km. Hal ini, akan menjadi bebanan buat pesakit tersebut kerana pesakit juga tidak mempunyai pendapatan serta tidak berkerja. Jika dihitung dari bantuan yang diterima pula, hanyalah mencukupi buat tampung kos perubatannya sahaja.


Oleh itu, kami membuka ruang dan peluang ini serta menyeru mana-mana  syarikat korporat atau individu ingin menyumbang kepada Pusat Dialisis Sinar Amal-PDSA amat dialu-alukan. Mungkin kita tidak merasai apa yang dialami serta dihadapi mereka tetapi dengan sumbangan kita akan memberi 1000 kemanisan serta senyuman buat mereka memerlukan.





“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan.” - (HR Muslim)


Semoga Allah SWT limpahi rezeki kita semua di dunia & akhirat.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat