HUMAN INITIATIVE

Dimulakan pada Sep 03, 2025

PEDULI GEMPA AFGHANISTAN

RM270 / 1.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Gempa bumi 6 magnitud di Afghanistan ragut ratusan nyawa dan ribuan cedera. Sumbangan anda bantu beri makanan, air bersih, dan perlindungan darurat untuk mangsa.


Ribuan nyawa terancam selepas gempa bumi dahsyat melanda Afghanistan!


Pada penghujung Ogos 2025, gegaran kuat bermagnitud 6 telah menggoncang wilayah timur Afghanistan. Dalam sekelip mata, rumah-rumah batu dan lumpur runtuh, desa hancur, dan ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal. Suasana kini penuh ketidakpastian dan panik.




Sejak 1 September 2025, lebih 622 orang dilaporkan terkorban dan lebih 1500 cedera, menjadikannya salah satu gempa paling tragis dalam beberapa tahun terakhir. Di beberapa daerah, desa-desa lenyap sepenuhnya, akses jalan terputus akibat tanah runtuh, dan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.



Ratusan keluarga kini tanpa makanan, air bersih, dan rawatan perubatan segera. Hospital tempatan tidak mampu menampung jumlah pesakit, sementara ribuan mangsa bergantung pada bantuan darurat untuk terus hidup. Walaupun Afghanistan menyumbang rendah terhadap pencemaran global, mereka tetap menanggung beban paling berat akibat bencana ini. Dengan sistem bantuan antarabangsa yang semakin mengecil, rakyat Afghanistan berdepan krisis kemanusiaan yang sangat mendesak.



Inilah masa kita bersama mereka. Melalui kempen Peduli Gempa Afghanistan, sumbangan anda akan membantu menyediakan:


1. Makanan hangat untuk anak-anak dan keluarga di pusat perlindungan sementara

2. Paket makanan asas untuk isi rumah yang kehilangan segalanya

3. Dapur darurat agar ribuan orang tidak kelaparan setiap hari



Setiap ringgit yang anda hulurkan adalah cahaya harapan baru. Jangan biarkan mereka menanggung derita seorang diri. Bertindak sekarang, hulurkan sumbangan anda hari ini.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2025

ZUBAIDAH BTE TUKIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 04, 2025

Kempen Sumbangan Tamat