SELAMATKAN KUCING JALANAN SATU NYAWA, SATU PAHALA

Dimulakan pada:
15 May, 2025
SELAMATKAN KUCING JALANAN SATU NYAWA, SATU PAHALA
1.98%
RM990
/RM50,000
46
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Semua sumbangan akan disalurkan sepenuhnya untuk menyokong usaha menyelamat dan merawat kucing terbiar, serta memastikan mereka dapat hidup dengan lebih sihat dan selamat. Jom bantu!

Kurus kering, buta, tempang, menghidap penyakit kulit, malah ada yang dilanggar kenderaan beginilah keadaan yang menimpa kucing-kucing jalanan yang kami temui setiap hari.

"Adakah kami mendapat pahala jika berbuat baik kepada haiwan?" Maka Rasulullah SAW menjawab: "Pada setiap yang bernyawa itu ada ganjaran pahala."

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Bagi kucing terbiar, setiap hari adalah perjuangan untuk terus hidup. Mereka terbiar kelaparan, mencari sisa makanan di pasar dan lorong-lorong sempit, menyelongkar tong sampah dan menyusuri kawasan kotor yang berbau, dengan harapan ada insan yang sudi berkongsi sedikit makanan walau hanya tulang atau sisa ikan.

Lebih menyayat hati, ada yang menjadi mangsa kekejaman manusia dipukul, dilukai, dan dibiarkan merana tanpa rawatan. Ada yang kehilangan kaki, ekor, atau mata akibat luka yang tidak dirawat.

Kucing-kucing ini adalah makhluk Allah swt yang tidak mampu bersuara dan hidup bergantung kepada ihsan manusia. Namun tidak ramai dari kita yang menghulurkan bantuan secara konsisten.

Baru-baru ini, kami menyelamatkan seekor kucing dalam keadaan sangat kritikal dengan mata kirinya terkeluar dan tubuh yang lemah. Kami segera membawanya ke klinik haiwan untuk rawatan dan pembedahan. Alhamdulillah, selepas tiga hari menerima rawatan intensif, kucing tersebut kini pulih dan boleh makan semula walaupun hanya dengan sebelah mata.

Di luar sana, masih banyak kucing jalanan yang menderita kelaparan, kecederaan, dan penyakit. Mereka menunggu bantuan kita bukan esok, tapi hari ini. Salurkan bantuan anda untuk:

1. Makanan harian untuk kucing jalanan (streetfeeding)

2. Pensterilan untuk kawalan populasi

3. Kos rawatan veterinar dan ubat-ubatan

4. Bantuan operasi untuk pusat perlindungan kucing (shelter)

Atas dasar kasih sayang dan keprihatinan ini, Global Sedekah Movement telah melancarkan Program Prihatin Kucing Terlantar inisiatif untuk menyelamatkan kucing-kucing terbiar yang sakit dan memerlukan perhatian segera. Antara usaha kami ialah berjalan di kawasan pasar, kedai, dan lorong-lorong untuk mencari kucing sakit atau cedera yang memerlukan rawatan veterinar.

Jom #BuatBaik

Laporan Kempen

14 Jan 2026

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar #SahabatKebaikan? Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang lapang, serta keberkatan dalam setiap langkah kebaikan yang dilakukan.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada #SahabatKebaikan atas bantuan yang telah disalurkan untuk kucing-kucing jalanan yang telah diselamatkan (rescue) dan ditempatkan di shelter. Bantuan yang diberikan berupa pakan kucing serta modal usaha bagi memenuhi keperluan operasional dan keberlangsungan shelter.

Semoga bantuan ini dapat memastikan kucing-kucing tersebut mendapat penjagaan, makanan yang mencukupi, serta kehidupan yang lebih layak dan penuh kasih sayang.

Kami mendoakan semoga setiap kebaikan yang disumbangkan dibalas oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan pahala yang berlipat ganda, rezeki yang luas, serta keberkatan yang berterusan. Aamiin ya rabbal ‘alamin.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jun 13, 2025
HANIZA BINTI MOHAMED
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ KOS PERUBATAN UNTUK SAUDARA WAN HARUL
BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF
Kempen Sumbangan Tamat