Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT
Dimulakan pada May 15, 2025
RM990 / 1.98 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kurus kering, buta, tempang, menghidap penyakit kulit, malah ada yang dilanggar kenderaan beginilah keadaan yang menimpa kucing-kucing jalanan yang kami temui setiap hari.
"Adakah kami mendapat pahala jika berbuat baik kepada haiwan?" Maka Rasulullah SAW menjawab: "Pada setiap yang bernyawa itu ada ganjaran pahala."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Bagi kucing terbiar, setiap hari adalah perjuangan untuk terus hidup. Mereka terbiar kelaparan, mencari sisa makanan di pasar dan lorong-lorong sempit, menyelongkar tong sampah dan menyusuri kawasan kotor yang berbau, dengan harapan ada insan yang sudi berkongsi sedikit makanan walau hanya tulang atau sisa ikan.

Lebih menyayat hati, ada yang menjadi mangsa kekejaman manusia dipukul, dilukai, dan dibiarkan merana tanpa rawatan. Ada yang kehilangan kaki, ekor, atau mata akibat luka yang tidak dirawat.

Kucing-kucing ini adalah makhluk Allah swt yang tidak mampu bersuara dan hidup bergantung kepada ihsan manusia. Namun tidak ramai dari kita yang menghulurkan bantuan secara konsisten.

Baru-baru ini, kami menyelamatkan seekor kucing dalam keadaan sangat kritikal dengan mata kirinya terkeluar dan tubuh yang lemah. Kami segera membawanya ke klinik haiwan untuk rawatan dan pembedahan. Alhamdulillah, selepas tiga hari menerima rawatan intensif, kucing tersebut kini pulih dan boleh makan semula walaupun hanya dengan sebelah mata.

Di luar sana, masih banyak kucing jalanan yang menderita kelaparan, kecederaan, dan penyakit. Mereka menunggu bantuan kita bukan esok, tapi hari ini. Salurkan bantuan anda untuk:
1. Makanan harian untuk kucing jalanan (streetfeeding)
2. Pensterilan untuk kawalan populasi
3. Kos rawatan veterinar dan ubat-ubatan
4. Bantuan operasi untuk pusat perlindungan kucing (shelter)

Atas dasar kasih sayang dan keprihatinan ini, Global Sedekah Movement telah melancarkan Program Prihatin Kucing Terlantar inisiatif untuk menyelamatkan kucing-kucing terbiar yang sakit dan memerlukan perhatian segera. Antara usaha kami ialah berjalan di kawasan pasar, kedai, dan lorong-lorong untuk mencari kucing sakit atau cedera yang memerlukan rawatan veterinar.
Jom #BuatBaik
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
GAN THIAM SENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2025