Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM705 / 23.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
34 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masalah kekurangan zat makanan atau gizi buruk adalah salah satu ancaman besar yang dihadapi oleh anak-anak yatim, tahfiz, dan dhuafa. Kekurangan zat penting seperti protein, vitamin, dan mineral boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti pertumbuhan terbantut (stunting), anemia, kelemahan sistem imun, serta pelbagai penyakit kronik.

Tanpa makanan yang bergizi, mereka sukar untuk tumbuh dengan baik, belajar dengan baik, dan membina masa depan yang lebih cerah. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang memelihara anak yatim, maka dia akan bersama aku di syurga seperti ini,” seraya baginda mengisyaratkan dua jarinya yang dirapatkan. (HR. Bukhari)

Bersama ASAR Humanity, insya-Allah kita dapat menyediakan Paket Makanan Bergizi yang akan membantu memenuhi keperluan nutrisi mereka.

Setiap paket mengandungi bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein seperti telur dan ayam, serta susu. Ini akan membantu memastikan mereka mendapat zat makanan yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Sedekah kita bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anak ini, tetapi juga menjadi pelaburan akhirat yang tidak akan terputus pahalanya. Setiap butir makanan yang kita berikan kepada mereka, insya-Allah akan mengalirkan pahala berterusan kepada kita di hari akhirat kelak.

Jangan ragu untuk memberikan sedikit daripada rezeki yang Allah kurniakan. Biar sedikit, asalkan ikhlas, pasti Allah akan melipatgandakan balasannya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Baru baru ini, relawan ASAR Humanity telah menyalurkan bantuan berupa Paket Pangan kepada asnaf dan keluarga miskin di kampung pemulung.

Bantuan ini hadir sebagai sokongan besar untuk mereka yang hidup kekurangan di tengah lautan sampah.

Semoga program ini dapat terus berlanjutan dan memberi manfaat kepada lebih ramai anak warga lainnya. Dengan sokongan ini, warga yang ada di kampung pemulung dapat fokus bekerja tanpa rasa khuatir tentang makanan harian mereka.
Teruslah Berbuat Kebaikan, Sebarkan Manfaat
https://sumbangan.com/bantuanmakananasnafmiskin2
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuYatim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah pasukan ASAR Humanity telah melaksanakan distribusi bantuan pek makanan dan pakej pangan untuk Rumah Asuh Adam Mula Jati yang berada di Jalan Raya Lembar- Mataram, Desa Gerung Utara, Kecamatan Gerung, Kabupaten Lombok Barat.


Bantuan yang diserahkan meliputi beras 30 kg, telur 4 tray dan nasi kotak anak yatim sebanyak 55 pek.
Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkahan untuk para santri yang sedang menuntut ilmu Al-Qur'an serta dapat meringankan beban mereka. Tuan Kholil dan anak-anak Rumah Asuh Adam Mula Jati mengucapkan terima kasih kepada semua donatur atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan.


Mari kita terus bersama-sama menyebarkan manfaat dan kasih sayang kepada sesama.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuanPangan
#BerkahUntukSemua
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 21, 2024
KAMSANI BIN JUMAHAT
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 02, 2024