Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM40 / 0.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
4 Penyumbang
45 Baki Hari
Bencana datang tanpa diduga. Ia tidak memilih waktu, tempat, atau siapa yang akan terkena. Dalam sekelip mata, rumah boleh musnah, harta hilang, dan kehidupan berubah sepenuhnya.

Di ASAR Humanity, salah satu fokus utama kami ialah memberi bantuan segera kepada mangsa bencana, bukan sahaja bencana alam seperti banjir, gempa bumi, atau tanah runtuh, tetapi juga insiden dan musibah yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik.
Ramai di antara mereka kehilangan tempat tinggal, sumber rezeki, dan bekalan makanan. Ada juga yang mengambil masa berbulan-bulan untuk bangkit semula. Di sinilah kita boleh memainkan peranan, menjadi sumber kekuatan dan harapan bagi mereka yang sedang berduka.

Melalui kempen ini, kami akan menyalurkan bantuan berupa:
1. Pek makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak, makanan dalam tin dan keperluan harian.
2. Sokongan pasca bencana untuk membantu mereka membina semula kehidupan.
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan satu kesusahannya di hari kiamat.” (HR. Muslim)

Setiap ringgit sumbangan anda adalah sinar harapan untuk mereka yang sedang berjuang. Bersama, kita boleh bantu mereka kembali berdiri, membina semula kehidupan, dan merasa bahawa mereka tidak sendirian. Ayuh, hulurkan tangan. Sedekah anda mungkin kecil di mata manusia, tetapi besar di sisi Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami