Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM815 / 8.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
56 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di ASAR Humanity, kami berusaha mencari kawasan yang masih memerlukan bantuan, terutamanya bagi anak-anak. Di beberapa kawasan seperti penempatan setinggan dan wilayah pedalaman, ramai anak-anak jarang mendapat protein dan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka.

Mereka membesar dalam keadaan kekurangan, segelas susu menjadi sesuatu yang jarang dinikmati, buah-buahan pula dianggap kemewahan. Kekurangan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan, tetapi juga semangat mereka untuk belajar dan membesar dengan yakin. Melalui kempen ini, kami ingin menghantar pek bernutrisi yang mengandungi susu, buah-buahan, dan makanan berkhasiat lain kepada anak-anak di rumah anak yatim, sekolah, kawasan luar bandar, serta keluarga berpendapatan rendah.

Hanya dengan RM10, anda boleh menyumbang sekotak susu. Dengan sumbangan lebih, anda dapat memberikan satu pek lengkap yang menjadi sumber tenaga dan kesihatan mereka.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.”
(HR. Ahmad)

Mari kita berganding bahu untuk memastikan mereka membesar sihat, cerdas, dan kuat. Bersama-sama, kita mampu mengubah masa depan mereka.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 26, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 11, 2025