Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MADRASAH TAHFIZ HIDAYATUL ULUM
Dimulakan pada Apr 15, 2023
RM1,210 / 12.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
51 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Islam adalah agama yang prihatin dan menyayangi anak yatim. Ini terpancar melalui qudwah hasanah (contoh teladan yang baik) oleh Baginda Rasulullah SAW apabila Baginda menyantuni anak-anak yatim dengan penuh kasih sayang dan ihsan.
Baginda juga pernah membesar sebagai anak yatim dan amat memahami psikologi dan perasaan yang bermain dalam minda anak yatim. Dalam tradisi ilmuwan Islam, perbahasan berkaitan anak yatim merupakan antara perbahasan yang penting yang meliputi soal adab, akhlak, muamalah, fiqh dan lain-lain.
Untuk pengetuan semua, pelajar kami datang dari negeri dan juga latar belakang yang berbeza. Ada golongan yang mampu dan ada golongan yang tidak mampu. Asal ada keinginan untuk belajar, kemampuan bukanlah titik utama dalam kami memilih pelajar.
Kepada golongan yang mampu kami cuma mengenakan bayaran sebanyak RM150 setiap bulan. Yang mana pihak kami yakin yuran antara yang termurah mampu kami berikan. Kepada pelajar yang tidak mampu sama ada anak yatim piatu mahupun asnaf kami memberikan pendidikan percuma juga menanggung makan minum pelajar tersebut. Kepada semua yang ingin berkongsi pahala amat dialukan bersama kami kita saling bantu membantu agar pertolongan dan baik budi anda dapat diraih di alam yang kekal nanti.
Ada di antara pelajar yang datang pada mulanya tidak tahu langsung tentang al-Quran apa lagi mengenal hurufnya. Tapi berkat menuntut ilmu dengan sabar dan tekun, hari ini mampu menjadi seorang Al-Hafiz. Hal ini bukan sahaja menjadi kebanggaan guru-guru bahkan ibubapa khususnya.
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW) di syurga”. (Riwayat Muslim no. 2983)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2023