BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PELAJAR B40 KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

RM1,205 / 12.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

57 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita bantu pelajar-pelajar B40 ini yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di menara gading dan mengubah nasib keluarga dan diri mereka sendiri.


Assalamualaikum warahmatullah. Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Daerah Sibu adalah sebuah pertubuhan yang bukan sahaja memfokuskan kepada kebajikan masyarakat semata-mata malah kami juga memfokuskan kepada bantuan pelajaran kepada anak-anak B40 yang perlu diberikan perhatian khusus.



Gambar 1: Ibu kepada salah seorang penerima bantuan di mana anak beliau mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Malaya di dalam jurusan undang-undang.


Kami yakin dan percaya bahawa dengan adanya sistem pendidikan yang baik diterima oleh mereka, ia mampu untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka di masa akan datang. Usaha yang kami lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang dihadapi oleh mereka untuk menghantar anak-anak ke menara gading.



Gambar 2: Sumbangan diberikan kepada salah seorang pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

Sumbangan sekitar RM500.00 akan diberikan kepada setiap pelajar di sekitar Sibu menjadi sasaran kami pada kali ini. Sumbangan ini akan memanfaatkan seramai 20 orang pelajar yang berada di dalam kategori B40 yang mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di mana-mana institut pengajian tinggi yang telah ditawarkan. Tapisan akan dilakukan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.



Gambar 3: Pelajar dan keluarga yang menerima bantuan ini


Pendidikan sangat penting. Bak kata-kata daripada Nelson Mandela “Pendidikan adalah senjata paling mematikan di dunia, karena dengan pendidikan, kamu dapat mengubah dunia” – Nelson Mandela. Ayuh kita bersama mendorong usaha dan semangat ini untuk mengubah nasib generasi akan datang ke arah yang lebih baik. Tanpa usaha kita, tidak mungkin perkara ini akan berjaya.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat