Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Jan 09, 2023
RM15,000 / 100.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
266 Penyumbang
Kempen Berjaya
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat para penyumbang. Kami ingin menceritakan kisah anak muda ini yang allah kurniakan kebijaksanaan dan kecerdikan tetapi hidupnya susah dan sederhana sahaja. Anak muda ini memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran dia di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Anak muda ini bernama Syed Iman Shafiqi Bin Syed Mahabub Hossain yang menetap sekarang di Shah Alam, Selangor dan tinggal bersama dengan ibu bapa beliau. Ayahnya bekerja sebagai welder iaitu tukang welding pagar besi rumah dan ibunya seorang suri rumah. Walaupun ibu bapanya hanya lah orang awam yang biasa tapi mereka dianugerahkan seorang anak yang luar biasa walaupun hidup dalam serba kekurangan dan sederhana.
Beliau merupakan pelajar terbaik Malaysia STAM 2021 dan berjaya mendapat anugerah terbaik STAM di Negeri Sembilan dan juga Negeri Selangor dengan keputusan mumtaz sofi atau semua 10 mumtaz dalam semua mata pelajaran dan bakal menyambung pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Bahasa Arab kerana minatnya dalam mendalami bahasa dan kesusasteraan. Sesungguhnya mendalami dan mempelajari Bahasa Arab merupakan sebahagian daripada ad-din.
Beliau memerlukan pertolongan dari segi kewangan kerana kesemua biasiswanya ditolak serta merta disebabkan ayahnya yang bukan orang Malaysia dan cuma pemastautin tetap. Ayahnya sekarang sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari duit agar dapat menjadikan anaknya orang paling bermanfaat dalam masyarakat dan negara suatu hari nanti. Ayahnya sanggup bekerja lebih walaupun ditimpa pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis yang berada di tahap kritikal, sakit jantung, kerosakan buah hati dan sebagainya.
Oleh itu, beliau memerlukan pertolongan dari orang ramai juga untuk membantu daru segi kewangan seperti kos urusan ejen persendirian seperti ticket, visa, pakaian, kitab-kitab dan barang keperluan lain. Buat masa sekarang, adik Syed berada di Markaz Sheikh Zayed (online class) dan seterusnya bakal terbang kesana dijangka bulan 9 2023. Ayuh sama-sama kita bantu mempermudahkan urusan beliau untuk berangkat ke sana.
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI
Jumlah: 14
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 29, 2023