Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)
Dimulakan pada Apr 04, 2023
PEMAAF ingin memohon orang ramai dapat menyumbang kepada pelajar-pelajar miskin di seluruh Malaysia supaya mereka dapat meneruskan pelajaran mereka dan mencapai cita-cita pelajar-pelajar ini apabila dewasa kelak. PEMAAF juga berhasrat membimbing mereka dari awal lagi, jika tidak dibantu dari awal, PEMAAF bimbang mereka akan terjerumus ke jalan yang salah. Ada juga yang ditemui di kawasan pedalaman meluahkan hasrat mereka sebenarnya ingin belajar tetapi ibu bapa mereka mempunyai masalah kewangan hingga terpaksa membatalkan keinginan untuk belajar.
Melanjutkan pengajian sememangnya adalah satu usaha untuk mengubah masa depan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak kiralah apa sebab sekalipun, majoritinya mahu mengubah kehidupan selain dapat membantu meringankan beban keluarga selepas menamatkan pengajian tetapi pada masa yang sama, masalah kewangan mewujudkan perasaan dilema. Hendak sambung belajar atau sebaliknya.
Kebanyakan pelajar setiap kali hujung semester ada yang terpaksa mengikat perut kerana pinjaman PTPTN yang diperolehi tidak mampu menampung keseluruhan kos sara hidup di universiti. Makan, minum, fotokopi nota, cetak kertas kerja, beli buku dan sebagainya. Hanya yang melanjutkan pengajian sahaja tahu erti kepayahan itu terutamanya mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Itu adalah realiti yang harus difikirkan oleh pelajar yang kurang berkemampuan.
Jadi apa pilihan yang mereka ada, terima tawaran melanjutkan pengajian tetapi perlu habiskan pengajian dengan penuh kepayahan atau tangguh pengajian, cari kerja dahulu kemudian sambung semula atau berhenti dan bantu keluarga atau menolak terus tawaran berkenaan. Sedar ataupun tidak, ramai pelajar yang menghadapi masalah ini.
Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Tidak satu hari pun di mana pada setiap pagi seorang hamba itu melainkan dua Malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berdoa, Ya Allah, berikanlah ganti (ganjaran pahala) bagi orang yang berinfak (bersedekah).‟
(HR: Bukhari dan Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
GAN THIAM SENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2023