ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Nov 10, 2022

RAYUAN DERMA BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK KEM PELARIAN ROHINGYA

RM510 / 4.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000

33 Penyumbang

62 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Musim sejuk di Bangladesh dan Myanmar akan berlangsung hingga ke bulan March. Jom bantu mereka, di masa yang mancabar ini.


Suhu sejuk yang mencecah 14 darjah celcius terutamanya pada waktu malam memberi tekanan yang sangat mencabar kepada pelarian Rohingya di kem-kem sekitar Cox’s Bazar, Bangladesh. Walaupun suhu ini tidak mampu membekukan tetapi cukup memberi kesengsaraan kepada pelarian terutama kanak-kanak dan warga emas.


Kanak-kanak sangat terdedah kepada keadaan sejuk kerana mereka tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk melindungi badan daripada cuaca sejuk terutama pada waktu malam. Antara penyakit yang membelenggu kanak-kanak pelarian pada musim sejuk ini adalah radang paru-paru. Jumlah pesakit yang menghidapi radang paru-paru meningkat hampir lima kali ganda setiap kali musim sejuk melanda.



Berikan mereka senyuman walau dalam kesejukan. Jom bersama Iltizam Relief, bantu meringankan beban mereka, terutama di musim sejuk yang sangat mencabar. Kami berhasrat untuk sampaikan:


1. Pek makanan kering dan minyak ( yang tahan lama ) untuk 200 keluarga

2. Bantuan selimut tebal untuk setiap keluarga

3. Pek makanan dan selimut tebal - 1 set RM250

4. Sasaran 200 keluarga X RM250 = RM50,000 



Hampir 1.2 juta pelarian kini medapatkan perlindungan di Bangladesh akibat tindakan ketenteraan oleh pihak tentera Myanmar yang tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik pemastautin yang telah menetap di Myanmar sejak sekian lama.


Iltizam Relief yang aktif membantu pelarian sejak tahun 2015 akan menyalurkan bantuan berupa selimut dan makanan kering kepada mereka yang memerlukan. Antara keperluan makanan yang disalurkan seperti beras, minyak masak, kacang dhal, bawang, gula, kentang, rempah ratus dan juga ikan masin untuk keperluan seisi keluarga selama sebulan. Bantuan ini dapat meringankan beban pelarian unrtuk mengharungi musim sejuk yang bermula pada bulan November dan berakhir pada March tahun berikutnya.



ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه


Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

MUHAMMAD AIDY BIN SULONG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 22, 2022

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 21, 2022