TABUNG PERUBATAN PENYAKIT KANSER

RM380 / 0.76 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka tidak keseorangan apabila kita juga dapat bersama merasa apa yang mereka rasa. Jom bantu mereka!


Pada tahun ini PEMAAF berhasrat untuk membantu pesakit-pesakit kanser yang terpaksa menjalani rawatan susulan yang ada di antaranya telah mencapai tahap 4. Siapa sangka dan menduga rupanya perut buncit selama ini adalah disebabkan terdapatnya ketulan kanser? Justeru, pesakit kanser memerlukan wang bagi menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawa jika telah disahkan mempunyai penyakit kanser yang perlu dirawat segera.


Baru-baru ini Team Skuad PEMAAF telah menyantuni beberapa orang pesakit-pesakit kanser yang terdiri daripada B40. Kesemuanya mengadu memerlukan kos rawatan susulan yang banyak apabila telah mengetahui dirinya didapati menghidapi penyakit kanser sehinggakan ada yang megalami tekanan perasaan apabila memikirkan masalah kewangan yang perlu disediakan untuk meneruskan rawatan.


Sakit kanser ataupun barah merupakan sejenis penyakit yang boleh bermula pada mana-mana bahagian dalam tubuh badan manusia. Ia terjadi apabila sel normal dalam badan bertukar menjadi kanser, ia akan membesar dan merebak tanpa kawalan.


Pemakanan yang seimbang dan nutrient yang mencukupi adalah penting untuk setiap individu. Keperluan pemakanan bagi pesakit kanser akan meningkat semasa sakit dan sewaktu menerima rawatan. Pesakit kanser memerlukan pemakanan tinggi kalori dan protein bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang optimum bagi menghadapi proses rawatan kanser yang diberikan. Ia adalah kerana pesakit kanser mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat kesan sampingan rawatan dan pesakit juga mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman.


Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit kanser mengalami penurunan sistem ketahanan badan dan juga mengalami penurunan berat badan yang ketara yang boleh memberi kesan terhadap keberkesanan rawatan anti kanser kepada pesakit. 


Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”


نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ

Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik berbanding amalannya.”
(Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir 5942)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat