MENAIKTARAF KELAS DAN DEWAN UTAMA PPTAHD

RM5,045 / 100.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

203 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

PPTAHD amat perlu menyempurnakan fasiliti yang sedia ada ini berikutan jumlah pelajar makin bertambah dan memerlukan pertambahan bilik kelas untuk sesi pembelajaran dan pengajaran mereka

Assalamualaikum wbt


Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Dan Hadith Darussolehah (PPTAHD) telah beroperasi dari disember 2015 dan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Perak pada mei 2017.


Aliran pendidikan di PPTAHD terbahagi kepada dua cabangan dan pelajar wajib mengikuti kedua-duanya : 1. Hafazan Al-Quran 2. Pengajian Kitab Azhariah. Tempoh pengajian di PPTAHD adalah 5 tahun dengan syarat pelajar dapat menyelesaikan hafazan sebanyak 30 juzuk dan lulus peperiksaan 'idadi dan thanawi.


Manakala lanjutan pengajian para pelajar PPTAHD akan menyembung ke dua institusi 1. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2. Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR).


Pada tahun 2021, PPTAHD terpilih dalam mengkiuti program kursus kemahiran bersama Kolej Komuniti Taiping dalam bidang urutan refleksologi dan keusahawanan sebagai ilmu tambahan kepada para pelajar di PPTAHD.


Keluasan tanah di PPTAHD sekitar 0.8 ekar (tidak sampai 1 ekar) yang memerlukan kami membina bangunan bertingkat agar dapat melengkapkan keperluan bangunan pentadbiran, kantin, surau, dan bangunan asrama/kelas serta dewan utama ( untuk sukan indoor pelajar).


Sehubungan itu, PPTAHD amat perlu menyempurnakan fasiliti yang sedia ada ini berikutan jumlah pelajar makin bertambah dan memerlukan pertambahan bilik kelas untuk sesi pembelajaran dan pengajaran mereka. Kelas yang sedia ada hanya 2 kelas setakat ini dan kami memerlukan 6 kelas agar mereka dapat megikuti pengajian masing-masing. 


Jadi yang kos diperlukan untuk menyempurnakan fasiliti kelas dan dewan utama adalah RM 500,000.00.


Semoga harapan kami dapat menyempurnakan pembinaan menaiktaraf ini dengan lancar dan diredhoi Allah serta memberikan kemudahan untuk mendidik bakal-bakal Huffaz yang berterusan..

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 27, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2021

Kempen Sumbangan Tamat