MADRASAH TAHFIZ ALQURAN DARUL FALAH

Dimulakan pada Mar 30, 2022

INFAQ RAMADHAN PEMBANGUNAN MADRASAH TAHFIZ ALQURAN DARUL FALAH

RM6,904 / 2.47 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM280,000

248 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berita gembira bagi mereka yang ingin gandakan pahala menginfakkan hartanya dalam Ramadhan, Madrasah Tahfiz AlQuran Darul Falah membuka peluang untuk MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN HARTA DI JALAN ALLAH .


Sumbangan diperlukan untuk membina bangunan pengajian, bilik kuliah serta menaiktaraf bangunan di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Falah Kg. Baru Rim Jasin Melaka




Latar Belakang Madrasah

 Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Falah Kampung Rim Jasin Melaka adalah pusat pengajian tahfiz al Quran yang telah beroperasi sejak tahun 1996. Bermula dengan 10 orang pelajar sehingga kini meningkat kepada 150 orang pelajar lelaki dan perempuan telah menghafal al-Quran di berbagai peringkat pencapaian.


Pada tahun 2010, madrasah ini telah memulakan kelas Pengajian Alimah. Terkini oleh kerana bilangan pelajar sudah meningkat, maka ruangan asrama telah menjadi sempit dan tidak dapat menempatkan katil-katil, almari serta alat mengajar.



Pihak madrasah bercadang untuk membina sembilan buah bilik kuliah, dewan pengajian al-Quran, perpustakaan, ruang ampaian asrama, bilik guru dan ruang mesyuarat.


Di samping itu, bangunan sedia ada juga perlu dibaik pulih dan dinaik taraf untuk dijadikan ruang surau, bilik rehat, dewan serbaguna dan bilik kuliah untuk kemudahan pelajar dan juga keluarga serta orang ramai jika sesuatu majlis/program dijalankan oleh pihak madrasah.


Berhubung dengan perkara di atas, dianggarkan kos perbelanjaan untuk tujuan pembangunan, membaik pulih dan menaik taraf segala kemudahan madrasah seperti pendawaian, adalah RM1,132,750.00 dan dijangka siap dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun bergantung kepada dana sumbangan orang ramai.



Pihak madrasah bercadang menyiapkan tingkat satu terlebih dahulu kerana keperluan ruang semakin mendesak. tingkat satu akan digunakan untuk pengajian alimah bahagian wanita.


Untuk menyiapkan tingkat satu sepenuhnya kami memerlukan Rm280,000.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2022

MOHD AEINI SEKELUARGA

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat