RAYUAN INFAQ PEMBANGUNAN SURAU AL FALAH DAN PUSAT MUALLAF

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
22 Sep, 2022
RAYUAN INFAQ PEMBANGUNAN SURAU AL FALAH DAN PUSAT MUALLAF
40.05%
RM4,005
/RM10,000
179
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kempen ini untuk pembangunan Surau Al-Falah dan Pusat Pengajian Muallaf di Keningau, Sabah, supaya seramai 222 Muallaf serta umat Islam yang lain boleh beribadah disamping mendapatkan bimbingan agama.
RAYUAN INFAQ UNTUK PEMBANGUNAN SURAU AL-FALAH DAN PUSAT PENGAJIAN MUALLAF, KG. SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH. Satu ketika dahulu, hanya dua atau tiga buah keluarga yang beragama Islam di Kampung Sum...
Kempen ini untuk pembangunan Surau Al-Falah dan Pusat Pengajian Muallaf di Keningau, Sabah, supaya seramai 222 Muallaf serta umat Islam yang lain boleh beribadah disamping mendapatkan bimbingan agama.


RAYUAN INFAQ UNTUK PEMBANGUNAN SURAU AL-FALAH DAN PUSAT PENGAJIAN MUALLAF, KG. SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH.


Satu ketika dahulu, hanya dua atau tiga buah keluarga yang beragama Islam di Kampung Sumbiling Baru, Keningau. Tetapi kini, hampir separuh penduduk kampung ini sudah memeluk Islam termasuk ketua kampung. Namun kampung ini belum ada masjid atau surau.


Walaupun mereka baru memeluk Islam, seramai 222 muallaf (setakat ini) di kampung ini telah nekad untuk membina sebuah surau dengan mengumpulkan wang dari poket mereka sendiri dan telah membangunkan Surau Al-Falah ini.



Nota: Semua mereka dalam gambar ini adalah muallaf.


Namun, projek pembangunan surau ini telah terbengkalai disebabkan tiada dana. Mereka telah berusaha mencari sumbangan luar, termasuk beberapa NGO telah datang melawat mereka namun hingga kini tiada sumbangan dana diterima. Perkara ini telah sampai kepada pengetahuan Iltizam Relief Society melalui seorang ustaz dan seorang anak muda di kampung ini yang juga muallaf.



Pada 18 September 2022 yang lalu, pihak Iltizam Relief telah melawat kampung ini dan tapak surau ini. Kami juga telah berbincang dengan ketua kampung dan ahli jawatankuasa penaja surau ini serta beberapa orang muallaf yang hadir.


Kami merasakan usaha murni para muallaf ini yang ingin mempunyai sebuah surau untuk kampung mereka wajar dipuji, bahkan wajib dibantu. Ini supaya mereka tidak lemah semangat terhadap Islam pula. Lagi pun, mereka juga perlu pusat bimbingan untuk pengajian agama.



Buat masa ini, tiada kelas bimbingan untuk muallaf di kampung atau pekan yang terdekat. Malah, kampung ini sendiri terletak agak jauh di pedalaman dengan keadaan jalan yang tidak mesra kenderaan biasa terutamanya apabila hujan.


Menurut sejarah kampung ini, YB Adun kawasan pun pernah berjalan kaki sejauh 4km untuk merasmikan balairaya yang telah siap dibina di kampung ini kerana jalan tanah tidak boleh dilalui kenderaan.



Islam di Sabah


Pada tahun 1960, jumlah penuduk Sabah yang beragama Islam hanya 38%, dengan kata lain umat Islam merupakan penduduk minoriti ketika itu manakala mereka yang bukan beragama Islam adalah penduduk majoriti.


Hari ini, subahanallah 70% dari penduduk Sabah adalah Muslim. Antara faktor perubahan demografi yang mendadak ini adalah disebabkan usaha-usaha dakwah, imigrasi dan mereka berbondong-bondong memeluk Islam di Sabah.


Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Sura An-Nasr, 110:1-3)


Tidakkah kita merasa bersyukur atas nikmat Allah ini mengubah demografi negeri yang menjadi rebutan sebuah negara jiran ini kepada negeri majoriti Islam?


Apakah usaha kita untuk mempertahankannya?


Tahukah kita bahawa di Sabah hampir setiap kilometer ada gereja. Malah, di pedalaman yang tiada jalan raya pun akan kita menemui gereja. Jangan kita marah kepada mereka kerana mereka buat kerja untuk agama mereka mengikut kepercayaan agama mereka. Tahukah kita, masjid atau surau amat jarang-jarang kelihatan di Sabah.


Tahukah kita, perkara pertama Nabi Muhammad S.A.W buat ketika baginda berhijrah dan tiba di Quba adalah membina masjid (Masjid Quba). Begitu juga di Madinah, baginda bina Masjid Nabawi, yang mana bukan sahaja menjadi tempat berkumpulnya ahli ibadah tetapi juga pusat komuniti dan pusat kekuatan Islam itu sendiri hingga tersebar ke serata dunia.






Inilah Saham Akhirat kita!


Oleh itu, ayuh kita tuan / puan yang ingin berinfaq di jalan Allah, mari kita sama-sama membina Surau Al-Falah dan Pusat Pengajian Muallaf ini. Sungguh besar ganjarannya jika kita terlibat dalam usaha murni ini.


مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ مِثْلَهُ


“Siapa yang membangun masjid kerana Allah, maka Allah akan membangun baginya semisal itu di syurga.” (Sahih Bukhari no. 450 dan Muslim no. 533)


Sumbangan ikhlas kita sebenarnya tidak kira banyak atau sedikit, yang penting ada saham akhirat kita melalui surau ini.



Tonton video lawatan kami dan rayuan muallaf-muallaf di link ini:



Rasulullah S.A.W bersabda,


مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ


“Siapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di syurga.” (HR Ibnu Majah no. 738, dengan sanad yang sahih)


Subanallah!


Ayuh tuan / puan, jom kita rebut peluang saham akhirat. Mungkin sumbangan kita untuk surau ini akan menarik lebih ramai memeluk Islam dan menukar demografi kampung ini kepada 100% Muslim, insyaAllah.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

09 Dec 2022


𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗟𝗔𝗛


𝗣𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶 @ 8/12/𝟐𝟎𝟐𝟐


Bumbung sudah siap dipasang.


Kita doakan Allah permudahkan urusan pembinaan Surau ini yang diusahakan oleh lebih 200 orang Muallaf.


Terima kasih atas sumbangan anda.


Dana untuk keseluruhan projek bangunan surau FASA 1 sahaja adalah RM100,000. 


Kami masih memerlukan RM48,000 untuk Fasa 1.


FASA 2 pula ialah pembinaan tandas, tempat wuduk, bilik kuliah, pagar dan lain-lain.


Berwakaf / infaq ikhlas ikut kemampuan anda hari ini.


Semoga Allah gantikan setiap wakaf / infaq anda dengan harta yang lebih baik dan barokah.


25 Nov 2022


Alhamdulillah, rangka untuk bumbung hampir siap dipasang. Bumbung pun sudah ditempah cuma hujan beberapa hari ini menyukarkan lori masuk jalan berlumpur.

Ayuh tuan / pun, masih lagi RM60 diperlukan untuk siapkan Fasa 1 iaitu siapkan bangunan Surau.

Fasa 2 belum bermula.

14 Nov 2022



13/11/2022, pembinaan rangka untuk bumbung sudah hampir siap. Impian 222 orang muallaf untuk surau pertama untuk kampung mereka sudah hampir tercapai.

Ayuh teruskan sokongan anda. RM70,000 masih diperlukan untuk siapkan bangunan surau sahaja. Ini tidak termasuk tandas, tempat wuduk dan bilik kuliah.

07 Nov 2022




6/11/2022


Alhamdulillah, kerja-kerja menaikkan bumbung sedang rancak berjalan. Penduduk kampung diketuai oleh Ketua Kampung sendiri (yang mahir kerja pembinaan) bergotong-royong membina Surau ini.


Kita tidak mahu projek ini terhenti atau tergendala. Dana yang kami dapat kutip setakat ini baru cukup untuk kos menaikkan bumbung sahaja.


Jumlah diperlukan masih jauh.


Ayuh jangan ketinggalan berebut sedekah jariah yang terbaik.


Dermalah hari ini.

31 Oct 2022




Alhamdulillah, kerja-kerja membina bumbung Surau sedang berjalan.

Terima kasih kepada anda semua yang telah dan akan menyumbang untuk projek pembinaan surau ini.

Jumlah diperlukan untuk bangunan surau sahaja ialah RM100,000. Buat masa ini, kutipan terkini hanya RM15,000.


Ayuh tuan / puan, kita tambah lagi saham akhirat kita. Boleh diniatkan pahala wakaf / sedekah untuk mereka yang sudah tiada bersama kita.

26 Oct 2022




22/10/2022 - Keningau


Alhamdulillah, sebahagian barang-barang ditempah telah sampai pada hari Sabtu lalu. Namun sebuah lagi trak tidak dapat menghantar barang-barang binaan kerana hujan setiap hari menyebabkan jalan tanah ke tapak surau ini tidak dapat dilalui akibat becak.

Hari ini juga hujan. Kita doakan Allah permudahkan urusan pembinaan Surau ini.


Terima kasih atas sumbangan anda. Setakat ini, dana untuk membuat bumbung sahaja baru cukup 50% iaitu RM10,000. Kami perlukan lagi RM10,000 untuk membina bumbung sahaja. Keseluruhan projek surau ini sahaja ialah RM80 - RM100 ribu. 


Berwakaf / infaq ikhlas ikut kemampuan anda hari ini.


Semoga Allah gantikan setiap wakaf / infaq anda dengan harta yang lebih baik dan barokah.

21 Oct 2022


Rebutlah peluang berwakaf / infaq dan raih pahala berganda sepanjang hari Juma'at ini.


Untuk bumbung sahaja, kami masih kekurangan RM10,000.

Keseluruhan projek surau sahaja RM100,000. Tidak termasuk pembinaan kelas dan bilik store / dapur (sila lihat video).

Berwakaf / infaq ikhlas ikut kemampuan anda hari ini.

Semoga Allah gantikan setiap wakaf / infaq anda dengan harta yang lebih baik dan barokah.

20 Oct 2022


Ini tiang-tiang dibeli 4 bulan lalu tetapi kerja-kerja tidak dapat diteruskan kerana mereka tiada dana.

Insya Allah, gandingan Iltizam Relief dan rakyat Malaysia kita akan teruskan pembangunan Surau ini yang menjadi impian 222 Muallaf yang mengusahakan pembangunan Surau ini.


Fasa 1 ialah membangunkan bumbung Surau ini supaya struktur bangunan yang telah pun dinaikkan dapat diselamatkan. Jika telah ada bumbung, barulah boleh buat kerja-kerja di dalam pula seperti menyimen, buat syiling, pendawaian dll.


Untuk bumbung sahaja anggaran kos ialah RM20 ribu. Kami baru dapat kirim RM10 ribu untuk membeli barang-barang dahulu.

Ayuh tuan / puan, rebutlah peluang ini untuk berwakaf dan kita bantu siapkan Fasa 1 dahulu.

Kami yakin, projek ini akan berjaya dengan izin Allah.

18 Oct 2022


Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah.


Berita gembira. Sukacita dimaklumkan bahawa hari ini kami berjaya menghantar RM10 ribu untuk memulakan semula pembinaan Surau ini.


Insya Allah, fasa 1 pemulihan projek ini ialah membina bumbung supaya struktur yang telah dibina dapat diselamatkan.


Pembinaan bumbung sahaja diangarkan kos hampir RM20,000.


Oleh itu tuan / puan, hulurkan sumbangan wakaf anda untuk kami meneruskan projek fasa 1.

Semoga Allah gantikan harta tuan / puan dengan yang lebih baik.

06 Oct 2022


Jom bangunkan rumah kita di syurga, insya Allah!

05 Oct 2022

Ini adalah gambaran arkitek apabila Surau ini siap kelak. Surau ini akan dilengkap dengan sebuah bangunan untuk menjalankan kuliah fardu ain untuk muallaf dan bukan muallaf juga.

Anda masih boleh berwakaf untuk pembinaan Surau al Falah, di Keningau, Sabah.

Jumlah dana diperlukan masih jauh dari sasaran.

03 Oct 2022


Ini pelan pembangunan baru disiapkan oleh arkitek kami dengan penambahan bilik kuliah untuk muallaf melaksanakan aktiviti pengajian mereka, tandas dan bilik wuduk untuk Muslimin dan Muslimat.

Insya Allah, projek ini dijangka siap dalam 3 bulan jika dana telah cukup.

Ayuh kita rebut peluang sedekah jariah.

30 Sep 2022


Hari ini telah dilaksanakan kerja-kerja meratakan tanah untuk meluaskan lagi kawasan Surau.

Insya Allah, setiap ringgit sumbangan anda akan bermanfaat untuk projek Surau ini.

30 Sep 2022


Salam Juma'at, jangan hampakan hasrat murni Muallaf-Muallaf ini. Mereka memeluk agama Islam dengan harapan agama ini menjadikan mereka berilmu dan boleh beramal dengan tenang.

Namun, kampung mereka belum ada masjid atau surau. Maka mereka bina sebuah surau yang juga akan dijadikan tempat pelaksanaan kelas fardu ain untuk Muallaf.

Jom tuan / puan, berwakaf walau RM10.

29 Sep 2022



Inilah sebahagian komuniti Muallaf di Kampung Sumbiling Baru. Mereka perlukan tempat mengaji supaya mereka juga tahu solat, mengaji Quran dan sebagainya.

Ayuh tuan / puan, kami perlukan RM80,000 untuk menyiapkan pembinaan surau ini berserta sebuah bulih kuliah.

27 Sep 2022

Alhamdulillah, ini adalah pelan pembangunan Surau dan pusat bimbingan untuk muallaf.

Akan dilengkapi:

- dewan solat

- bilik kuliah

- tandas muslimin dan muslimat


Ayuh tuan / puan, dana masih jauh dari sasaran.

Jangan kita hampakan harapan 222 muallaf yang telah mengusahakan Surau ini.

Mungkin usaha kecil kita ini akan menarik baki penduduk kampung di sini kepada Islam.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

FARIDAH OTHMAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 26, 2022
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH KECEMASAN UNTUK NENEK DAN BAYI MANGSA BANJIR SUMATERA
SUMBANGAN KILAT BENCANA BANJIR
AIR BERSIH UNTUK MANGSA BANJIR ACEH SUMATERA
BANTUAN KECEMASAN PASCA TRAGEDI BANJIR BUAT WARGA ACEH 3.0, INDONESIA
BUMI ACEH KEMBALI DIUJI
Kempen Sumbangan Tamat