MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 10, 2024

INFAQ DANA UNTUK PEMBELIAN AL QURAN DAN KITAB PENGAJIAN

RM255 / 8.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM GANDAKAN PAHALA DI AWAL ZULKAEDAH DENGAN MENGINFAQ DANA UNTUK PEMBELIAN KITAB PENGAJIAN DAN AL-QURAN.


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, di hari yang penuh mulia ini dapatlah kita panjatkan kesyukuran ke atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Kami warga maahad tahfiz ingin menyeru semua muslimin dan muslimat untuk membantu kami menyediakan dana agar kami dapat menyediakan dan memperbaharui buku pengajian dan kitab-kitab Al-Quran para pelajar di maahad kami.



Untuk pengetahuan muslimin dan muslimat pihak maahad kekurangan buku pengajian untuk diberikan kepada para pelajar atas faktor pelajar yang semakin bertambah. Selain itu, kami turut ingin memperbaharui Al-Quran di maahad atas faktor uzur dan sebagainya.



Kami berharap muslimin dan muslimat dapat membantu kami agar kami dapat memberi senyuman di dalam setiap pembelajaran dan hafalan anak-anak tahfiz di maahad kami dengan adanya Al-Quran dan buku pengajian baharu.


"Mereka yang mendermakan hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tiada kebimbangan terhadap mereka (kejadian buruk) serta mereka juga tidak akan berdukacita." (Surah Al-Baqarah: 274)



Semoga berkat usaha dan sumbangan muslimin dan muslimat dirahmati Allah dan dikurniakan pahala yang melimpah ruah kerana membantu memudahkan pembelajaran dan hafalan Al-Quran anak-anak tahfiz di maahad kami. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat