Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR
Dimulakan pada Apr 09, 2025
RM176,569 / 88.28 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000
5733 Penyumbang
142 Baki Hari
Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Tiada seorang pemuda yang menghormati dan memuliakan seseorang yang tua usianya, melainkan Allah akan menentukan baginya orang lain yang akan menghormati kelak apabila ia pula mencapai usia tua. (Riwayat Al-imam At-Tirmidzi)



Usaha Kami Tidak Terhenti Disini Sahaja
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor sentiasa berusaha mencari inisiatif bagi membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan tempat perlindungan ini. Kini Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor melancarkan kempen "Dana Bantuan Pembelian Rumah Perlindungan Warga Emas Nur Ehsan" bagi mengumpul dana untuk pembelian rumah sedia ada serta tanah yang bernilai 1.2 juta. Tujuan kempen ini juga adalah untuk mewujudkan Rumah Kekal supaya lebih ramai lagi insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana dapat di bantu.

Usaha ini juga dapat membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Unit Sosial Hospital Kerajaan serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor dalam membantu golongan-golongan ini mencari dan menyediakan tempat perlindungan agar kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang.

Selain itu, dengan kempen ini juga akan kami gunakan untuk pembelian prasarana dan kelengkapan yang lebih berkualiti untuk menambah lagi kemudahan yang masih tak cukup sekaligus memberi keselesaan buat mereka.


Mereka hilang tempat bergantung, hanya disini nasib mereka terjaga.
“Allah, Yang Maha Tinggi, berfirman, 'Belanjakanlah (pada kebaikan) wahai anak Adam, akan Aku belanja pula atasmu (ditambahkan).” (Bukhari & Muslim)
Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan Encik Saiful di talian 013 7940350 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat : 1034, No, Lot. 3353 MLD, 3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami