Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM58,829 / 14.71 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM400,000
1953 Penyumbang
134 Baki Hari
RUMAH MEREKA BAKAL DIJUAL, 15 WARGA EMAS INI TIADA TEMPAT LAIN UNTUK PERGI!

Pusat Jagaan Satu Warga Emas menempatkan 15 wanita warga emas. Mereka pernah ada keluarga, rumah, dan tempat bergantung. Kini, mereka sendirian tanpa sesiapa.

Satu-satunya rumah yang mereka diami akan dijual! Pemilik telah menaikkan sewa dari RM1,200 ke RM1,500. Lebih menyedihkan, mereka boleh diarah keluar bila-bila masa!
Tragedi 10 Tahun Lalu Berulang Lagi?!

10 tahun lalu, mereka pernah dihalau secara tiba-tiba. Pada waktu malam, mereka diusir kerana tunggakan kurang dari 6 bulan. Tanpa amaran, tanpa persiapan.

Mereka hanya mampu menangis mencari perlindungan. Akhirnya, mereka berpindah ke rumah yang mereka diami sekarang. Kini, perkara lebih menakutkan berlaku semula.
Dulu Hampir Ditipu, Kini Terdesak Miliki Rumah Sendiri


Tahun lalu, pusat jagaan cuba membeli rumah tetap. Malangnya, Puan Alisha hampir ditipu oleh seorang broker yang menyamar sebagai pemilik. Mujur wang tidak diserahkan, tetapi masa dan harapan mereka musnah. Kini, beliau menemui rumah lebih selamat dan mampu milik berharga RM458,000.

10% Deposit RM45,800 telah dibayar. Namun, baki RM412,200 perlu dilangsaikan sebelum Disember 2025. Jika tidak, mereka akan kehilangan segalanya.
Kita Bantu Mereka, Allah Bantu Kita
Kita Bantu Mereka, Allah Bantu Kita

Rasulullah SAW bersabda:
"Bukan dari kalangan kita, orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi yang muda."
(HR Tirmidzi)
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain."
(HR Ahmad)

Jangan biarkan mereka merasai keperitan ini lagi. Anda adalah harapan terakhir mereka.

Sumbang sekarang dan bantulah mereka dapatkan rumah hak milik kekal sebelum akhir 2025 ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 19, 2025
MOHD RIZUAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 19, 2025