Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 06, 2025
RM245 / 8.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kebersihan merupakan salah satu ciri peribadi seorang yang beriman. Dalam ajaran Islam, kita dituntut untuk sentiasa menjaga kebersihan badan, pakaian, dan tempat, terutamanya ketika menunaikan ibadah. Sekiranya terdapat kekotoran atau najis, maka ibadah yang dilakukan tidak akan sah. Sebagai contoh, antara syarat sah solat ialah kebersihan pakaian, tubuh badan, dan tempat solat.
Sehubungan itu, pihak maahad amat menitikberatkan aspek kebersihan dalam kalangan para pelajar agar mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas, sama ada untuk menunaikan solat mahupun menghadiri sesi pengajian.

Pihak Maahad ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk turut serta dalam kempen infaq bagi menyediakan sabun pencuci pakaian yang bersih dan wangi untuk kegunaan para pelajar.

Nabi SAW pernah berpesan: Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie R.A beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman." (Riwayat Muslim)

Kami amat mengharapkan sokongan dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai agar usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 18, 2025