MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 15, 2023

TABUNG INFAQ PEMBELIAN TANAH BAGI MEMBINA MAAHAD TAHFIZ

RM50 / 1.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KUMPUL PAHALA JARIYAH DENGAN MENYUMBANG UNTUK PEMBELIAN SEBIDANG TANAH BAGI MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF MENUNTUT ILMU.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah merencanakan ingin membeli sebidang tanah untuk membantu anak-anak asnaf dan yatim menuntut ilmu demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Sehubungan itu, kami ingin memohon infaq dan sumbangan daripada anda sekalian untuk membantu dalam pembelian tanah baharu yang akan digunakan untuk pembangunan maahad tahfiz pelajar muslimat kami.



Pembelian tanah ini merupakan langkah awal yang penting untuk mencipta ruang yang lebih luas dan kondusif bagi para pelajar dan tenaga pengajar. Dengan memiliki tanah yang memadai, kami berharap dapat melaksanakan pembangunan yang lebih baik, termasuk pembangunan ruang pengajaran yang selesa dan adanya fasiliti yang mencukupi bagi mewujudkan pembelajaran Al-Quran dengan lebih baik.




Selain itu, infaq untuk pembelian tanah bagi pendidikan agama adalah salah satu amalan mulia yang akan memberikan pahala berterusan. Setiap kebaikan yang ditanamkan dalam usaha pembelian tanah ini akan terus memberikan manfaat dan pahala sepanjang masa, terutama ketika para pelajar di maahad kami terus belajar dan mengamalkan ilmu agama.



Akhir kata, mulai serendah RM10 kami mengajak anda semua yang cintakan kebaikan untuk menjayakan kempen ini. Setiap infaq dan sumbangan yang anda berikan akan menjadi pelaburan jangka panjang dalam peningkatan pendidikan agama di maahad tahfiz ini. Jazakumullahu khairan jaza atas perhatian dan kerjasama saudara-saudari. Semoga Allah membalas setiap kebaikan dan sumbangan anda dengan keberkahan dan rahmat-Nya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2023

IBRAHIM BIN JAMIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat