Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN SEMARAK, NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Dimulakan pada Oct 06, 2025
RM6,825 / 13.65 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
381 Penyumbang
323 Baki Hari
Sejak ditubuhkan, Pertubuhan ini telah menjadi tempat perlindungan kepada anak-anak yatim, golongan miskin dan asnaf pelbagai kategori. Rumah kebajikan ini beroperasi lebih daripada 10 tahun secara rasmi dan berdaftar dengan JKM & ROS, dengan tujuan utama mereka memastikan anak-anak ini mendapat kasih sayang, pendidikan, perlindungan, serta kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak yang lain.

Hari ini, Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak telah menempatkan 65 orang anak-anak yatim dan asnaf daripada pelbagai latar belakang dari usia 7 tahun sehingga 17 tahun. Bagi memastikan kebajikan mereka terus terjaga, kami melihat keperluan untuk memiliki tanah dan bangunan sendiri agar dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik, khususnya ruang khas bagi asrama perempuan, warga emas, serta ruang aktiviti.
Wajah anak-anak syurga Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak yang kebanyakkan telah kehilangan ibubapa dan disinilah tempat mereka membesar selama ini. Dari kecil lagi anak-anak yang tinggal disini sudah memahami erti untuk berdikari menguruskan kehidupan mereka sendiri walaupun masih kecil.
“Namun, tidak ramai orang diluar sana tahu tanah yang sedang dalam perancangan untuk dibeli oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak ini BAKAL TERLEPAS seandainya baki pembelian bernilai RM300,000 gagal dijelaskan.

Dulu, tanah ini telah dinaiki semak samun, selepas terdapat kejadian ular mereka berusaha membersihkan tanah ini dan berhajat untuk membina penempatan asrama untuk anak perempuan dan warga emas.
Tanah seluas 1,000 x 1,000 ini amat penting kerana ia bakal menempatkan asrama perempuan, asrama warga emas dan ruang aktiviti. Tempoh bayaran penuh telah ditetapkan sehingga hujung tahun 2026, dan kini pertubuhan ini perlu berusaha mengumpulkan dana ini sebelum tarikh tersebut agar impian anak-anak yatim dan warga emas ini tidak terus tergantung.”

Dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ia menambah kesukaran kami untuk terus memberi perlindungan kepada anak-anak ini.
Namun, dengan dana ini juga kami akan gunakan untuk pembayaran bagi dana operasi dan keperluan harian anak-anak yatim dan miskin di sini dimana anggaran dana segera yang kami perlukan saat ini adalah RM 10 000 yang dapat memberi impak yang besar kepada penghuni di sini.
Jom Bantu Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak Berusaha Membela Nasib Anak-Anak Yatim dan Asnaf Di Sini

Meskipun anak-anak di sini tiada waris mahupun keluarga, namun penjaga di sini tak pernah putus asa untuk gembirakan hati anak-anak di sini.
Dengan ini, pihak pengurusi Tuan Haji Sharifuddin dan barisan penjaga anak-anak yatim dan asnaf Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak ingin memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM10 seminggu secara berterusan buat anak-anak di sini dengan harapan anak-anak tahfiz yang masih kecil ini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.
Insya-Allah, dengan sekecil RM10 seminggu daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Aminnn…
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmizi)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
RASHIDAH BINTI ZAKARIA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 13, 2025