DANA PEMBELIAN TANAH UNTUK PEMBINAAN ASRAMA PEREMPUAN DAN WARGA EMAS

RM6,825 / 13.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

381 Penyumbang

322 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak sedang berusaha mencari dana untuk membeli sebidang tanah bagi membina asrama perempuan dan warga emas, serta ruang aktiviti yang lebih selesa.


Sejak ditubuhkan, Pertubuhan ini telah menjadi tempat perlindungan kepada anak-anak yatim, golongan miskin dan asnaf pelbagai kategori. Rumah kebajikan ini beroperasi lebih daripada 10 tahun secara rasmi dan berdaftar dengan JKM & ROS, dengan tujuan utama mereka memastikan anak-anak ini mendapat kasih sayang, pendidikan, perlindungan, serta kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak yang lain.



Hari ini, Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak telah menempatkan 65 orang anak-anak yatim dan asnaf daripada pelbagai latar belakang dari usia 7 tahun sehingga 17 tahun. Bagi memastikan kebajikan mereka terus terjaga, kami melihat keperluan untuk memiliki tanah dan bangunan sendiri agar dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik, khususnya ruang khas bagi asrama perempuan, warga emas, serta ruang aktiviti.



Wajah anak-anak syurga Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak yang kebanyakkan telah kehilangan ibubapa dan disinilah tempat mereka membesar selama ini. Dari kecil lagi anak-anak yang tinggal disini sudah memahami erti untuk berdikari menguruskan kehidupan mereka sendiri walaupun masih kecil.



“Namun, tidak ramai orang diluar sana tahu tanah yang sedang dalam perancangan untuk dibeli oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak ini BAKAL TERLEPAS seandainya baki pembelian bernilai RM300,000 gagal dijelaskan. 



Dulu, tanah ini telah dinaiki semak samun, selepas terdapat kejadian ular mereka berusaha membersihkan tanah ini dan berhajat untuk membina penempatan asrama untuk anak perempuan dan warga emas.


Tanah seluas 1,000 x 1,000 ini amat penting kerana ia bakal menempatkan asrama perempuan, asrama warga emas dan ruang aktiviti. Tempoh bayaran penuh telah ditetapkan sehingga hujung tahun 2026, dan kini pertubuhan ini perlu berusaha mengumpulkan dana ini sebelum tarikh tersebut agar impian anak-anak yatim dan warga emas ini tidak terus tergantung.”



Dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ia menambah kesukaran kami untuk terus memberi perlindungan kepada anak-anak ini.


Namun, dengan dana ini juga kami akan gunakan untuk pembayaran bagi dana operasi dan keperluan harian anak-anak yatim dan miskin di sini dimana anggaran dana segera yang kami perlukan saat ini adalah RM 10 000 yang dapat memberi impak yang besar kepada penghuni di sini.


Jom Bantu Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak Berusaha Membela Nasib Anak-Anak Yatim dan Asnaf Di Sini



Meskipun anak-anak di sini tiada waris mahupun keluarga, namun penjaga di sini tak pernah putus asa untuk gembirakan hati anak-anak di sini.


Dengan ini, pihak pengurusi Tuan Haji Sharifuddin dan barisan penjaga anak-anak yatim dan asnaf Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak ingin memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM10 seminggu secara berterusan buat anak-anak di sini dengan harapan anak-anak tahfiz yang masih kecil ini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.


Insya-Allah, dengan sekecil RM10 seminggu daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Aminnn…


“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 17, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 17, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2025

HJH NAZRIAH MAT ALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2025