SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU

Dimulakan pada May 07, 2023

PEMBELIAN TAPAK KEKAL SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU

RM580 / 1.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menyeru anda untuk bersama-sama mengambil peluang ini bagi menyumbang melalui pembelian lot tanah yang bernilai RM100 untuk 1 lot.


Sekolah Rendah Islam (SRI) Aman Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1991 dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi muslim akan datang. Sistem Pendidikan di SRI Aman Kota Bharu menekankan pendidikan agama yang bersifat holistik dalam membentuk jati diri pelajar bagi menghadapi cabaran hidup semasa.


Alhamdulillah setelah lebih 30 tahun beroperasi, pihak sekolah berhasrat untuk membeli tanah tapak premis sekolah sekarang ini dan seterusnya membangunkan bangunan baru untuk SRI Aman Kota Bharu.



Sehubungan itu, satu projek tabung telah dilancarkan dengan sasaran kutipan sebanyak RM6 juta untuk pembelian tapak kekal sekolah rendah SRI Aman Kota Bharu dan seterusnya membina bangunan baru.



Kami menyeru anda untuk bersama-sama mengambil peluang ini bagi menyumbang melalui pembelian lot tanah yang bernilai RM100 untuk 1 lot atas nama ibu bapa dan ahli keluarga tersayang yang telah meninggalkan kita.



Inilah hadiah yang sangat berharga bagi mereka, sehingga Allah menyatakan, orang-orang yang telah mati memohon untuk hidup kembali semata-mata untuk bersedekah. Namun kesempatan itu tidak ada lagi bagi mereka. Jadi tuan/puan lah yang boleh melakukannya untuk mereka.



Amal soleh yang dilakukan oleh orang yang masih hidup dan diniatkan juga pahalanya kepada orang yang sudah sudah mati, Insya’ Allah diterima oleh Allah s.w.t. Terdapat beberapa hadis menyentuh hal ini, di antaranya ialah:


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

         

"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.”

(Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2023

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat