MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 03, 2023

SEDEKAH PEMBINAAN KOLAH WUDHUK SURAU TAHFIZ FASA II

RM1,480 / 14.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

87 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SEDEKAH PEMBINAAN KOLAH BUAT ANAK-ANAK TAHFIZ UNTUK MEREKA BERWUDHUK DAN BERIBADAH. YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH BUAT YANG GEMAR BERSEDEKAH AKAN TERUS DIKIRIMKAN PAHALA WALAUPUN TELAH WAFAT.


“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menginfakkan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (S.Ali-Imran:133-134)



Islam memperkenalkan kepada umatnya berbagai-bagai cara untuk menyuci dan membersihkan diri sama ada dari segi zahir atau batinnya. Salah satu daripada cara tersebut adalah dengan mengambil wuduk atau dikenali juga sebagai mengambil air sembahyang. Tempat wudhuk adalah fasiliti yang sangat penting untuk bangunan masjid atau surau khususnya surau maahad tahfiz kerana dengan wudhuklah keabsahan solat sesorang dimulai. Bagaimana mungkin seseorang itu sah solatnya jika tidak berwudhuk.


Segala hal yang berkaitan dengan rumah Allah itu bersifat besar seperti dalam hal pembangunan surau, perluasan atau penambahan prasarana surau termasuklah tempat berwudhuk. Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati mengadakan kempen wakaf pembinaan sebuah kolah wudhuk untuk kemudahan ibadah para pelajar dan juga warga maahad. Tempat wudhuk yang selesa adalah fasiliti utama yang penting di maahad agar warga maahad dapat menjalankan rutin harian seperti berwudhuk mengerjakan ibadah solat, mengaji Al-Quran dan lain-lain ibadah dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jumlah kos yang diperlukan bagi pembinaan tersebut adalah dalam anggaran RM10,000.



Bersedekah, infaq atau mendermakan harta adalah amalan yang sangat mulia di dalam islam. Terdapat 25 ayat Al-Quran mengenai infaq yang terkandung dalam kitab Al-Quran yang menjadi petunjuk buat kita sepanjang zaman. Ini menunjukkan betapa besarnya manfaat infaq di islam dan Islam sangat menganjurkan kegiatan bersedekah dan berinfak samada dalam keadaan senang atau susah untuk mendidik umatnya menjadi manusia yang peduli serta kasih kepada golongan yang memerlukan.


Tidak ada jalan apa pun untuk menggapai keuntungan selain bersikap ikhlas dalam menjalankan ibadah kepada al-Khaliq dan mengusahakan diri dapat bermanfaat bagi sesama manusia. Siapa saja yang mendapatkan taufik untuk melaksanakan amal kebaikan, maka dia mendapatkan bahagian yang besar daripada nikmat kebahagiaan, keselamatan dan keuntungan. Seseungguhnya sedekah termasuk perbuatan kebaikan yang diperintahkan bahkan termasuk di antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT yang dianjurkan baginda SAW kepada umatnya yang tercinta.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada muslimin dan muslimat dermawan yang dikirimkan Allah untuk bersedekah jariyah pembinaan kolah wudhuk di maahad ini. InsyaAllah kolah wudhu ini adalah pelaburan untuk saham akhirat kalian dan akan mengalirkan pahala kepada siapa saja yang menjadi penyumbangnya. Semoga harta yang dibelanjakan ikhlas ke jalan Allah samada ketika susah atau senang akan menjadi asbab Allah ampunkan segala dosa dan menempatkan kalian di syurga kelak.

Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah bersabda: "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat