INFAQ PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN LIL BANAT AL-HANAFIAH

RM19,671 / 39.34 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

886 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen Pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah adalah untuk merealisasikan pembinaan maahad tahfiz yang menempatkan pelajar perempuan & sebagai wadah pusat pembelajaran warga emas.


Assalamualaikum WBT. Kerja-kerja pembinaan telah bermula. Segala amanah yang tuan/puan amanahkan telah dilaksanakan. Semoga Allah redha atas usaha ini untuk bekalan pahala kita dan ahli keluarga kita sama ada yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup diakhirat nanti.



Kempen ini bertujuan bagi pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah yang bertempat di Sungai Besar, Selangor. Motif pembangunan Maahad Tahfiz ini adalah untuk melahirkan para hafizah yang berkualiti disamping menjadi medium dalam menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik Al-Quran. Inisiatif daripada itu, Pondok Pengajian Ar-Raudhah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk membuka peluang kepada golongan warga emas yang ingin mendalami Al-Quran dan ilmu fardhu ain. Oleh itu, harapan kami agar dengan sumbangan dan bantuan daripada Pihak Tuan / Puan dapat merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz ini.



Pihak maahad tahfiz ingin memohon sumbangan batu bata, pasir atau tanah merah atau sumbangan kewangan ikhlas daripada semua. Sekiranya ingin menghantar sumbangan bahan binaan, Insyaallah amat dialu-alukan. Atas sumbangan tuan/puan, bahan-bahan binaan asas sudah mula masuk ke tapak maahad tahfiz dan pembinaan telah bermula serta dibangunkan secara berperingkat.



Pihak Maahad Tahfz ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama merebut fadilat tidak ternilai ini bagi meneruskan pembinaan madrasah ilmu dan Al Quran. Semoga dengan infaq kalian, Maahad tahfiz ini dapat disiapkan secepat mungkin bagi menerima kemasukan anak-anak hufazul Quran. 



Tuan puan boleh melihat maklumat Maahad di Maahad Tahfiz Hanafiah atau boleh hubungi Ustaz Mat Arop Hanafiah, Pengasas Maahad Tahfiz Hanafiah di talian:

1. 011 31408477

2. 013 2158905


Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2023

ABD WAHID MASJUNI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2023

AZURA AMID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat