MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 13, 2024

SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN PAGAR MAAHAD TAHFIZ

RM95 / 0.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAI KEDATANGAN BULAN SYAABAN DENGAN MENYUMBANG UNTUK PEMBELIAN SIMEN DAN BAHAN BINAAN BAGI MENJAYAKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN PAGAR DI MAAHAD KAMI.


Kedatangan bulan Syaaban amat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana bulan Syaaban merupakan bulan yang mulia, bulan untuk beribadah dan fasa untuk umat Islam memperbaiki diri sebelum memasuki bulan Ramadhan. Oleh itu, bersempena bulan yang mulia ini, pihak maahad menyeru agar bersama-sama menyumbangkan infaq untuk pembelian simen dan bahan binaan pagar maahad tahfiz pelajar lelaki kami. Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki infrastruktur di maahad untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yatim dan asnaf yang menuntut ilmu agama di sini.



Sebagai sebuah maahad yang menampung anak-anak yatim dan asnaf, keselamatan dan kesejahteraan pelajar adalah keutamaan utama kami. Namun, faktor kekurangan dana menyebabkan kerja-kerja pembinaan pagar ini tergendala setelah sekian lama. Ketiadaan pagar akan mengundang risiko keselamatan kepada pelajar kami dan juga boleh memberi peluang kepada orang luar untuk masuk tanpa izin.



Mulai RM10 ayuh tingkatkan amalan sedekah di bulan syaaban yang penuh dengan pelbagai keutamaan dan keistimewaan ini. Bulan Syaban merupakan bulan yang sangat istimewa kerana di dalamnya terkandung kebaikan (al-Khair) dan keberkatan (al-Barakah). Contoh peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan ini bagi seluruh umat Islam adalah peristiwa peralihan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Kaabah di Masjidil Haram dan peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’). Penduduk langit mengelarnya sebagai Syahr an-Nabi (bulan Nabi Muhammad SAW) kerana Allah SWT telah memuliakan dan mengagungkan Baginda dengan mukjizat yang diberikan pada bulan ini




Dengan ini, kami berharap agar para dermawan yang baik hati dapat membantu kami dalam usaha menjayakan pembinaan pagar ini dengan menyumbangkan dana untuk pembelian simen dan bahan binaan yang diperlukan. Setiap sumbangan daripada pihak anda akan memberikan manfaat yang besar kepada keselamatan dan kesejahteraan pelajar kami. InsyaAllah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HIDAYAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Feb 15, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 15, 2024

NURULHATIZAH BINTI SALAMIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 14, 2024

Kempen Sumbangan Tamat