Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Feb 07, 2023
RM395 / 1.32 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
26 Penyumbang
Kempen Berakhir!
AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka seluasnya peluang untuk para muslimin dan muslimat menambah saham akhirat bagi infaq bantuan pembinaan longkang sekeliling bangunan tahfiz kami yang baharu. Bangunan maahad yang baharu masih dalam proses pembinaan dan bakal beroperasi tidak lama lagi ini dibina di atas tanah sawah padi. Sistem perparitan yang baik amatlah diperlukan untuk memastikan pengaliran air hujan lancar dan hakisan tanah dapat diatasi. Setiap maahad mendambakan prasarana dan fasiliti yang terbaik untuk kemudahan dan keselesaan para pelajar mereka begitu juga dengan maahad kami yang serba kekurangan ini.
Sistem longkang dan saliran ini amat penting bagi tujuan untuk mengalirkan air dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah. Sistem saliran yang baik dan cekap akan memberi banyak manfaat terutamanya dapat mengawal dan mengelakkan berlakunya limpahan air semasa hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir.
Selain itu, sistem saliran berfungsi untuk mengalirkan air larian permukaan dari kawasan bangunan maahad, kawasan berturap, kawasan jalan dan lain-lain kawasan tidak telap air ke suatu kawasan tertentu yang selamat seperti sungai atau laut. Sistem saliran dan longkang yang baik amat penting bagi menyeimbangkan kelembapan tanah, mengelakkan hakisan dan kerosakan jalan serta untuk menghalang air daripada mengurangkan kekukatan dan juga mengubah struktur tanah.
Sehubungan itu, bagi mewujudkan sistem longkang dan saliran yang baik di bangunan maahad yang baharu pihak maahad berhasrat membeli longkang jenis V untuk dipasang ke sekeliling bangunan maahad. Ciri-ciri longkang yang cerun dan dalam amat perlu agar pergerakan air tidak jadi lambat dan juga tersumbat.
Kerja-kerja bagi membina dan seterusnya mewujudkan sistem longkang dan saliran yang baik ini menelan jumlah yang agak besar. Anggaran kos yang diperlukan bagi merealisasikan usaha ini adalah RM30,000 untuk kerja-kerja mengorek tanah, pembelian longkang, simen dan lain-lain lagi. Besar harapan maahad akan pembinaan longkang ini dapat disiapkan sebelum menjelang Ramadhan ini.
Mari rebut limpahan barakah dan pahala dengan bantuan infaq bagi pembinaan sistem longkang dan saliran di maahad ini. Amalan infak ini adalah amal kebaikan yang sangat dicintai Allah kerana mendidik kita agar peduli dan saling membantu sesama manusia untuk kemaslahatan agama. Seberapa pun harta yang kita miliki walau hanya RM10 apabila di infaqkan untuk fi sabillah dapat melatih diri kita menjadi insan yang bertaqwa dan dapat menyucikan diri kita dari sifat mazmumah seperti kedekut.
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barang-siapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (S. At-Taghabun :16)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2023
NURUL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Feb 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2023