Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,980 / 19.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
67 Penyumbang
47 Baki Hari
Projek ini adalah impian lebih 200 orang muallaf untuk memiliki sebuah surau yang pertama di kampung mereka yang juga akan ada sebuah dewan kelas bimbingan. Sumbangan kita untuk surau ini akan mencerahkan harapan kita untuk dibina pula sebuah rumah di syurga untuk kita. Rasulullah S.A.W bersabda,
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ
“Siapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di syurga.”
(HR Ibnu Majah no. 738, dengan sanad yang sahih)
Projek surau ini, di Kampung Sumbiling Baru, Keningau, Sabah, adalah dua fasa. Fasa 1 ialah pembinaan bangunan surau, termasuk kerja-kerja wiring. Fasa ini memerlukan RM100,000, setakat ini 70% kerja-kerja telah siap. Kami memerlukan dana sebanyak RM40,000 sahaja lagi. Fasa 2 pula ialah pembinaan bilik air, tempat berwuduk, pagar, dewan kelas bimbingan, bilik mandi jenazah dan lain-lain. Fasa 2 juga memerlukan dana sebanyak RM100,000. Kerja-kerja ini belum dimulakan.
Apabila siap kelak, surau ini akan bermanfaat untuk dua buah kampung, iaitu Kampung Sumbiling Baru dan Kampung Mentatap. Subanallah! Projek ini tidak boleh gagal kerana jika gagal maka akan melemahkan semangat para muallaf ini yang bersungguh-sungguh membina surau yang pertama di kampung mereka. Ini kali kedua kami merayu di sini kerana dana masih jauh dari cukup. Marilah kita rebut saham akhirat, saham pahala sedekah jariah.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ABDUL KARIM BIN MOHAMED
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 27, 2023
APANDI BIN ABDUL GHANI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 27, 2023
KARTINA
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 27, 2023