BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR DI PENAMPANG SABAH

RM75 / 0.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di dunia ini. Ramai yang daif dan dalam kesusahan selepas banjir yang mereka lalui. Ayuh kita semua bantu mereka!


Malang tidak berbau, bencana melanda Penampang sekali lagi. Hujan lebat secara berterusan telah mengakibatkan air telah naik melebih paras selamat dan menyebabkan banjir di beberapa kawasan termasuklah di Kampung Penampang Sabah.



Kami di BAKTI Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Mangsa Banjir di seluruh Penampang Sabah yang mana masyarakat di daerah ini sering kali mengalami banjir rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Justeru, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.



"Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."

(Hadis Riwayat Tabrani)



Bantuan yang akan diberikan secara wang tunai kepada pengurusan mangsa banjir di Daerah Penampang. Kami menganggarkan sebanyak 800-1000 penerima manfaat dan seorang akan mendapat RM150 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Banjir ini melibatkan beberapa perumahan flat, perumahan taman berdekatan serta kampung-kampung lain di sekitar kawasan Penampang Sabah.



Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbanglah serendah RM10 untuk bantu mereka! 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 03, 2024

Kempen Sumbangan Tamat