MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 22, 2024

BANTUAN PENAPIS AIR ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM70 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERINFAQ OPERASI PENAPIS AIR UNTUK ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF YANG TERSAYANG DI BULAN MUHARAM.


Air merupakan salah satu kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya dan air juga banyak manfaat bagi kehidupan makhluk di dunia ini. Salah satunya adalah mengawal suhu tubuh badan bagi manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.


Air yang bersih adalah keperluan asas bagi manusia dan juga dapat menjaga kesihatan badan. Oleh itu, maahad tahfiz yatim dan asnaf ini sangat memerlukan sumbangan pengoperasian penapis air supaya anak-anak yang disayangi di sini mendapat bekalan air bersih lagi mencukupi untuk membantu mereka dalam menuntut ilmu agama.



Untuk meningkatkan akses air minuman di maahad ini, kami mengajak muslimin dan muslimat berinfaq untuk membiayai operasi mesin air minuman sedia ada di maahad ini. Air minuman bersih juga mampu membantu memberikan kesihatan yang baik dan tenaga yang cukup dalam menghafal Al-Quran. 



Tubuh manusia sangat memerlukan air untuk menjaga kesihatan badan. Oleh itu, air yang digunakan untuk minum haruslah bersih dan tidak boleh tercemar dengan pembawaan bakteria. Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:


ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا


“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”

(Riwayat: Muslim)



Pihak maahad tahfiz menganjurkan kempen untuk sama-sama berinfaq bermula RM10 bagi tujuan pembiayaan servis air untuk anak-anak syurga ini mendapat minuman air bersih yang berpanjangan. Semoga dengan adanya mesin air ini menjadi saham kebaikan di dunia dan juga akhirat yang berkekalan buat para penginfaq yang budiman. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan yang diberikan kalian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

T

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2024

Kempen Sumbangan Tamat