Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,380 / 4.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
66 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tahukah anda bahawa masih banyak Penapis Air yang berada di pasaran dan malah digunakan oleh Masjid, Surau, Madarasah dan Rumah Kebajikan yang tidak berstatus Halal.
Kenapa Penapis Air perluk berstatus Halal? Kerana salah satu komponen yang digunakan di dalam penapis air adalah “Activated Carbon” dan komponen ini kebiasaanya digunakan dari sumber tulang haiwan.
Dr. Mahyeddin Mohd Salleh, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjelaskan bahawa kajian pihaknya mendapati ada penapis air menggunakan tulang haiwan yang dijadikan bio seramik bagi membekalkan kaslium kepada air.
Kebanyakkannya di import dari luar negara dan tidak mempunyai sijil pengesahan halal, dijual dengan harga yang lebih murah dan kajian mendapati bahawa kebayakkan tulang haiwan dalam industry diperoleh daripada sumber haram atau diragui statusnya”.
Bayangkan para Jemaah di masjid dan surau yang mengambil wuduk untuk solat dan menggunakan air untuk dimimum. Sanggupkan kita melihat mereka menggunakan air yang tercemar dengan najis. Bayangkan sekiranya sumber bio seramik itu dari tulang babi…air yang digunakan tercemar dengan najis mughallazah.. Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah.
Kami dari Darul Kifayah Malaysia dengan rendah hati ingin mengajak para penyumbang bersama dengan kami untuk bersama-sama kita membantu memastikan para Jemaah masjid dan surau dan juga penghuni rumah kebajikan menggunakan air yang suci dan bersih bagi berwuduk dan minum dengan membekalkan penapis air berstatus halal.
Bagi Fasa Pertama ni, kami menyasarkan untuk membekalkan Penapis Airi Halal ke:
1. Pusat Jagaan Kebajikan Warga Tua Nor Aini
2. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah
3. Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah
4. Masjid Bandar Seri Putra Bangi
5. Masjid Al -Azhar, Kolej Universiti Islam Selangor
6. Surau Bangi Perdana, Seksyen 3
7. Surau Al Amin, Seksyen 8 Bangi
8. Surau Al-Khauthar, Seksyen 4 Bangi
9. Pusat Tahfiz Al-Amirin, Seksyen 4 Bangi
10. Surau Jubli Perak, Seksyen 4 Bangi
Moga-moga dengan setiap titis air suci dan bersih yang mengalir itu akan digantikan dengan ganjaran yang tidak berhenti daripada Allah S.W.T.
Allah berfirman, Surah as- Saba’ Ayat 39: وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rizki yang terbaik”.
“Tidak ada satu subuh yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa, “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhary 5/270) Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah saw, "Wahai rasullullah, sedekah apa yang paling utama?" Beliau menjawab, "Memberi Air" (Sahih Abu Daud)
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 01, 2022
ANIZAH BTE ABD MAJID
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Mar 31, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Mar 30, 2022