RAYUAN SUMBANGAN PENAPIS AIR

RM110 / 3.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama-sama menjadikan program ini sebagai wadah bagi mewujudkan sifat peduli dan keprihatinan kita terhadap tempat-tempat ibadah sebagai pusat keagamaan dan pendidikan. Jom bantu!


Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) ingin mengajak para penginfaq sekalian untuk turut serta bersama program Jom Infaq Penapis Air buat madrasah tahfiz, masjid dan surau siri ketiga. Program ini merupakan inisiatif persatuan dengan bertujuan untuk kita semua berkongsi rezeki akan kemudahan ini dengan golongan seperti para penghuni pusat tahfiz, para pelajar rumah ngaji, ahli qariah masjid mahupun surau dan juga anak-anak didikan madrasah.




Melalui program ini, pihak persatuan ingin melibatkan semua lapisan masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memberikan keselesaan kepada mereka yang beribadah di tempat-tempat tersebut. Ayuh bersama menjadikan program ini sebagai wadah bagi mewujudkan sifat peduli dan keprihatinan kita terhadap tempat-tempat ibadah sebagai pusat keagamaan dan pendidikan.




Pihak persatuan menyeru para masyarakat yang dermawan sekalian untuk bersama-sama kami dalam usaha untuk memasang mesin penapis air kepada pusat tahfiz, rumah ngaji, masjid dan juga madrasah yang memerlukan. Seperti petikan peribahasa di atas, semoga usaha kecil ini, dikurniakan oleh Allah ganjaran pahala yang tidak putus-putus dan banyaknya seperti titisan air hujan yang turun membasahi bumi. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Dec 09, 2024

AMIRA RAMLI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat