TABUNG INFAQ PENAPIS AIR BUAT MASJID SURAU MADRASAH SIRI 3

RM40 / 1.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BERINFAQ DENGAN MENYUMBANGKAN SEDIKIT REZEKI KITA DENGAN PELAJAR MADRASAH, JEMAAH & QARIAH MASJID SERTA SURAU MENERUSI PENAPIS AIR. SEMOGA SETIAP TEGUK YANG DINIKMATI ITU MEMBAWA RAHMAT.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) ingin mengajak para penginfaq sekalian untuk turut serta bersama program Jom Infaq Penapis Air buat madrasah tahfiz, masjid dan surau siri ketiga. Program ini merupakan inisiatif persatuan dengan bertujuan untuk kita semua berkongsi rezeki akan kemudahan ini dengan golongan seperti para penghuni pusat tahfiz, para pelajar rumah ngaji, ahli qariah masjid mahupun surau dan juga anak-anak didikan madrasah.



Melalui program ini, pihak persatuan ingin melibatkan semua lapisan masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memberikan keselesaan kepada mereka yang beribadah di tempat-tempat tersebut. Ayuh bersama-sama menjadikan program ini sebagai wadah bagi mewujudkan sifat peduli dan keprihatinan kita terhadap tempat-tempat ibadah sebagai pusat keagamaan dan pendidikan.



Pihak persatuan menyeru para masyarakat yang dermawan sekalian untuk bersama-sama dengan kami dalam usaha untuk memasang mesin penapis air kepada pusat tahfiz, rumah ngaji, masjid dan juga madrasah yang memerlukan. Seperti petikan peribahasa di atas, semoga usaha kecil ini, dikurniakan oleh Allah ganjaran pahala yang tidak putus-putus dan banyaknya seperti titisan air hujan yang turun membasahi bumi. Amin.



Semoga usaha kita semua mendapat berkat dan rahmat Allah SWT. InshaAllah, Amin Ya Allah Ya Mujib.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 16, 2024

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 15, 2024

RASIDAH BINTI ABD HAMID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 15, 2024

Kempen Sumbangan Tamat