MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 30, 2023

DANA PENDAWAIAN ELEKTRIK BILIK PENGAJIAN MAAHAD TAHFIZ

RM30 / 0.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYU SUMBANGAN DANA PENDAWAIAN ELEKTRIK UNTUK BILIK PENGAJIAN KEPADA PELAJAR ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD KAMI INI. AYUHLAH KITA BANTU!


Ilmu adalah kunci yang akan membawa kepada perubahan positif dalam kehidupan setiap manusia. Ianya membolehkan seseorang individu memahami agama dengan lebih mendalam dan dapat membimbing kita menjalani kehidupan yang lebih bermakna dengan adanya pegangan agama yang kukuh. Oleh itu, pihak maahad ingin memohon bantuan pendawaian elektrik bilik pengajian untuk pelajar tahfiz yang terdiri daripada golongan asnaf dan yatim di maahad kami bagi memudahkan mereka menuntut ilmu.



Menyumbang untuk pendidikan agama buat anak-anak asnaf dan yatim ini adalah satu amal kebaikan yang sangat mulia. Mulai RM10 ayuh menyumbang agar kerja-kerja pendawaian elektrik ini dapat segera disiapkan secepat mungkin. Pihak maahad berharap dengan adanya bekalan elektrik yang selamat dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih baik di maahad bagi memberikan peluang kepada anak-anak asnaf dan yatim untuk mengejar cita-cita mereka dalam pendidikan agama.



Dengan pendawaian elektrik yang baik kelak dapat memastikan bahawa anak-anak pelajar di maahad kami dapat fokus pada pembelajaran dan perkembangan diri mereka tanpa gangguan yang tidak perlu. Adanya bekalan elektrik membolehkan para pelajar kami belajar atau melakukan aktiviti mereka di waktu malam dan tidak kepanasan di siang hari ketika cuaca panas.




Akhir kata, marilah segera berbuat amal kebaikan dan berkongsi nikmat rezeki yang Allah kurniakan bagi menjayakan kerja-kerja pendawaian elektrik ini. Pepatah yang menyebutkan, "tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima" mengingatkan kita bahawa beramal dan memberi adalah tindakan yang diberkati dan penuh kebaikan. Semoga sumbangan yang diberikan membawa kegembiraan dan manfaat kepada pelaku serta mereka yang menerimanya. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2023

MOHAMAD AZLI RAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat