MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 30, 2022

TABUNG PENDAWAIAN ELEKTRIK TAHFIZ

RM690 / 4.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM14,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MENGAJAK MUSLIMIN MUSLIMIN MUSLIMAT SALING MEMBANTU ATAS JALAN KETAQWAAN DENGAN MENYUMBANG KE TABUNG BPENDAWAIAN ELEKTRIK BAGI MEMBOLEHKAN MAAHAD DIGUNAKAN SEPENUHNYA.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah telah diasaskan oleh Ustaz Suhaimi Bin Din bermula di Pondok Ayer Hitam Kedah pada tahun 2009. Sejak kewujudan maahad ini suasana agama pengajian di zaman Tuan Guru Hj Abu Bakar Palestain telah wujud kembali. Dengan wujudnya pelajar-pelajar yang datang belajar dari pelbagai tempat seluruh pelusuk negara dan luar negara. Pengurusan pentadbiran telah diuruskan sepenuhnya oleh Ustaz Suhaimi sebagai mudir maahad.



Diawal kewujudan maahad ini hanya bergerak dengan mempunyai bilangan pelajar seramai 18 orang dari Negara Kemboja dan 7 orang dari Negara Malaysia. Sepanjang pergerakan dan penglibatan maahad ini dapat melahirkan seramai 100 orang pelajar telah tamat khatam 30 Juzuk Al-Quran.


Sehingga kini, maahad telah mempunyai 40 orang pelajar terdiri daripada negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Alhamdulillah dengan izin dan kurnianya serta berkat pengorbanan saudara-saudara islam keseluruhan, maahad in masih dapat bergerak dan dapat berkembang walaupun dalam keadaan serba kekurangan.



Untuk makluman tuan/puan maahad kami disini telah berpindah operasi pada bulan Ogos 2016 daripada Pondok Ayer Hitam Kedah ke Lot 121, Kg Seberang Pekan Minggu Lama Ayer Hitam, 06150 Ayer Hitam Kedah. Di atas tujuan untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran maahad untuk melahirkan generasi Al-Quran yang beramal dengan tuntutan Al-Quran.



Untuk makluman pihak tuan/puan pihak maahad berhasrat membeli sebidang tanah sendiri untuk membina prasarana lengkap dan selesa untuk memudahkan pihak pentadbiran menyediakan aktiviti yang bermanfaat diruang kawasan yang selesa untuk aktiviti tahfiz insyaallah. Oleh itu, terdapat beberapa perbelanjaan untuk pendawaian elektrik bagi membolehkan maahad tersebut mula digunakan sepenuhnya.



Akhir kata pihak Maahad ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi terhadap sumbangan-sumbangan yang telah diberikan dari pihak perseorangan dan juga agensi-agensi berkaitan 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat