“Banjir boleh merosakkan segalanya, namun pendidikan tetap menjadi harapan yang tidak boleh tenggelam.”
Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Sumatra telah menghanyutkan sekolah-sekolah dan memadamkan suasana pembelajaran yang menjadi tempat anak-anak menaruh harapan. Buku rosak dilitupi lumpur, kelas runtuh, dan papan hitam sunyi tanpa suara guru. Dalam sekelip mata, ribuan kanak-kanak kehilangan bukan sahaja bangunan sekolah, tetapi juga rutin, semangat, dan rasa selamat yang selama ini membimbing mereka menuju masa depan.

Dalam serba kekurangan ini, kanak-kanak bukan hanya terputus daripada pembelajaran, malah turut kehilangan kestabilan emosi dan sokongan yang amat penting bagi perkembangan mereka.ika keadaan ini dibiarkan berlarutan, ia berisiko meninggalkan kesan jangka panjang terhadap perjalanan pendidikan mereka.

Melalui kempen ini, sokongan orang ramai amat diperlukan untuk memastikan keperluan pendidikan kanak-kanak yang terjejas dapat terus dipenuhi, termasuk sokongan alat pembelajaran asas, ruang belajar yang selamat, serta pendampingan agar mereka terus bersemangat dan tidak tercicir daripada pendidikan.

Dengan setiap sumbangan, anda membantu kanak-kanak yang kehilangan ruang belajar dan keperluan sekolah akibat banjir. Tidak kira besar atau kecil sumbangan anda, setiap sokongan pendidikan adalah cahaya harapan yang membantu mereka terus belajar, bermimpi, dan melangkah ke masa depan walaupun sedang diuji. Bersama, kita lindungi pendidikan dan masa depan generasi yang terjejas.
Jom #BuatBaik

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini