MAAHAD TAHFIZ SAHABAT QURAN MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 16, 2022

BANTUAN PENGAJIAN PELAJAR TAHFIZ DI MADINAH

RM92,290 / 9.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

3092 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MTSQM membuka ruang kepada ummah yang ingin menaja cita - cita murni ini. Jom sumbang untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pengajian di Madinah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera para penyumbang sekalian. Beberapa orang pelajar dari Maahad Tahfiz Sahabat Quran Malaysia akan melanjutkan pelajaran ilmu agama dalam jurusan Quran Sunnah selama 2 tahun di Kota Madinah. Jom sama-sama kita menyumbang semoga mendapat keredhaan Allah SWT.



Kos pengajian sebanyak RM40,000 – RM45,000 setahun diperlukan bagi setiap pelajar. Kumpulan pertama seramai 12 orang dijangka akan bertolak ke Madinah pada 1 Oktober 2022. Harapan kami di MTSQM adalah untuk mengalakkan lebih ramai anak-anak tempatan mempelajari ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi melahirkan generasi celik agama.



Seperti yang kita sedia maklum, Madinah adalah Kota Kecintaan Rasulullah SAW. Mempelajari ilmu Alquran dan Sunnah di sana pasti mengalir keberkatan buat penuntut ilmu. Daripada Abi Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

Maksudnya: Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular akan masuk ke sarangnya atau lubangnya. Riwayat al-Bukhari (1876)



Orang beriman pasti jiwanya dipandu untuk ke kota suci Madinah kerana cinta kepada Rasulullah saw. MTSQM membuka ruang kepada ummah yang ingin menaja cita - cita murni ini. Moga terlahir dari kalangan pelajar - pelajar ini yang mewarisi kegigihan perjuangan Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwah.



Abi Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Maksudnya: Sesiapa yang berjalan mencari secangkir ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya jalan ke syurga.

Riwayat Ibn Majah (223), al-Tirmizi (2646)"


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2023

AMIRUL HAZIQ BIN AHMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2023

FILZAH KARIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 19, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat