AKADEMI TAHFIZ AL HIDAYAH

Aktif sejak Mar 12, 2021

Tentang Penganjur
Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) ditubuhkan oleh Pn. Roslailawati bt Mohamad pada 20 April 2000 bersamaan 15 Muharram 1421 H bertempat di No. 23, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur. Bermula dengan seramai 60 orang, ATAH kemudian semakin berkembang dan berpindah ke No.19 Jalan Gurney 3, Kuala Lumpur. Di awal penubuhannya, ATAH merupakan sebuah organisasi sekolah yang kecil dan serba kekurangan dalam menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pelajar-pelajarnya. ATAH pada permulaannya, menawarkan perkhidmatan pendidikan Tahfiz sahaja. Namun begitu, oleh kerana terdapat permintaan terhadap Sistem Pendidikan Islam Bersepadu yang menggabungkan penerapan nilai-nilai Islam (Tahfiz dan Deeniyah) dan pendidikan secara formal (KSSR dan KSSM) seperti sekolah-sekolah biasa, maka lahirlah Akademi Tahfiz Al Hidayah (ATAH) sebagai pusat pendidikan dan aktiviti remaja yang holistik.

alhidayah.atah@yahoo.com
+60127218078
127218078

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Doakan saya semoga berjaya dlm pemilihan kerjaya dan semoga org tua saya diberikan kesihatan dn dipanjangkan usia..

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Semoga Allah berikan rezeki yg luas untuk saya dan keluarga. Semoga Allah berikan saya jodoh yang baik. Semoga Allah berikan badan yg sihat dan hati yang tenang dan dipermudahkan segala urusan dunia. Jauhkanlah saya dah keluarga dari azab kubur dan api neraka.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Sedekah ini khas untuk ibu jamilah hj tahur dan shamsuddin bin salam mohon doakan mereka agar ditempat dikalangan org beriman dan suami saya agar cepat di bebaskan. Amin…

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

doakan saya dan keluarga dipermudahkan segala urusan , dimurahkan rezeki dan tergolong dengan golongan org yg beriman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Semoga saya dapat menyumbang lebih banyak lagi atas nama arwah ayah saya. Doakan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang iman dan dijauhkan seksaan api neraka. Doakan juga saya mendapat keputusan yang dekan pada setiap semester dan berjaya di dunia dan akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABDUL RAHIM BIN RAMLI

9 bulan yang lepas

semoga pahala sedekah ini sampai untuk arwah anak buah saya, Muhammad Ammar Rayyan Bin Mohd Fazly. Alfatihah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: