AKADEMI TAHFIZ AL HIDAYAH

Aktif sejak Mar 12, 2021

Tentang Penganjur
Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) ditubuhkan oleh Pn. Roslailawati bt Mohamad pada 20 April 2000 bersamaan 15 Muharram 1421 H bertempat di No. 23, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur. Bermula dengan seramai 60 orang, ATAH kemudian semakin berkembang dan berpindah ke No.19 Jalan Gurney 3, Kuala Lumpur. Di awal penubuhannya, ATAH merupakan sebuah organisasi sekolah yang kecil dan serba kekurangan dalam menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pelajar-pelajarnya. ATAH pada permulaannya, menawarkan perkhidmatan pendidikan Tahfiz sahaja. Namun begitu, oleh kerana terdapat permintaan terhadap Sistem Pendidikan Islam Bersepadu yang menggabungkan penerapan nilai-nilai Islam (Tahfiz dan Deeniyah) dan pendidikan secara formal (KSSR dan KSSM) seperti sekolah-sekolah biasa, maka lahirlah Akademi Tahfiz Al Hidayah (ATAH) sebagai pusat pendidikan dan aktiviti remaja yang holistik.

alhidayah.atah@yahoo.com
+60127218078
127218078

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ampunkan dosa kami Ya Rabb. Selamatkan kami dunia akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan harian buat kemoen ini dan semoga hamba ini dilimpahkan kurniaan rezeki yang berkat agar dapat membantu lagi dalam memberi sumbangan bagi mereka yang memerlukan. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Assalamualaikum, doakan kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga saya diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan doakan saya menjadi pelajar cemerlang dengan memperoleh CGPA 4.0 dalam degree. Saya juga mendoakan pihak penganjur dan anak yatim asnaf disana sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD HASIF RASMAN

8 bulan yang lepas

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Atas izin Allah swt, semoga sumbangan saya ini turut dapat menjadi salah satu sumbangan yang telah terkumpul yang dapat membuatkan adik-adik yang merupakan anak yatim asnaf mualaf gembira dalam berbuka puasa. Saya ingin berkongsi pahala sedekah ini bersama seluruh keluarga saya dan rakan-rakan saya. Saya juga sedang berharap apa sahaja sebarang kurniaan rezeki dari Allah swt. Aamiin 🤲

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

8 bulan yang lepas

Semoga Allah beri jemputan HAJI kepada kami pada tahun ini. Aamiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: