AKADEMI TAHFIZ AL HIDAYAH

Aktif sejak Mar 12, 2021

Tentang Penganjur
Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) ditubuhkan oleh Pn. Roslailawati bt Mohamad pada 20 April 2000 bersamaan 15 Muharram 1421 H bertempat di No. 23, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur. Bermula dengan seramai 60 orang, ATAH kemudian semakin berkembang dan berpindah ke No.19 Jalan Gurney 3, Kuala Lumpur. Di awal penubuhannya, ATAH merupakan sebuah organisasi sekolah yang kecil dan serba kekurangan dalam menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pelajar-pelajarnya. ATAH pada permulaannya, menawarkan perkhidmatan pendidikan Tahfiz sahaja. Namun begitu, oleh kerana terdapat permintaan terhadap Sistem Pendidikan Islam Bersepadu yang menggabungkan penerapan nilai-nilai Islam (Tahfiz dan Deeniyah) dan pendidikan secara formal (KSSR dan KSSM) seperti sekolah-sekolah biasa, maka lahirlah Akademi Tahfiz Al Hidayah (ATAH) sebagai pusat pendidikan dan aktiviti remaja yang holistik.

alhidayah.atah@yahoo.com
+60127218078
127218078

Doa-Doa #Penyumbang

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, berkati dan rahmati kami semua. Aamiin.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kayakanlah aku dengan rezeki yang berkat lagi melimpah ruah agar aku dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

YA ALLAH, berikanlah kesihatan yang baik ke atas kedua ibu bapa ku.ibu bapa mertua ku.adik beradik ku dan adik beradik ipar ku.permudahkn urusan harian kami, permurahkan la rezeki kami.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah segala dosa ku, keluargaku, dan seluruh umat Islam di seluruh dunia samada yg masih hidup mahupun yg tlh tiada. Rahmatilah kami, ya Allah. Sejahterakanlah kehidupan kami. Amiin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah,ampunkan dosaku,dosa kedua ibubapaku,isteri dan anakanakku,adik beradikku,Yambaholah rezekiku asbab bersedekah,masukkan kami kesyurgaMu,Haramkan kami nerakaMu,Mudahkan kehidupan akhirat kami.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: