Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Global Ehsan Relief Malaysia, juga dikenali sebagai Global Ehsan Relief Malaysia (GERMY), diasaskan pada tahun 2015, merupakan sebuah pertubuhan kemanusiaan dengan ibupejabat di Kuala Lumpur, juga mempunyai pejabat operasi di Singapura, Indonesia, Kemboja, Sri Lanka, Pakistan dan United Kingdom.
Misi kami adalah menjadi pemangkin kepada pembangunan ummah dan kebajikan bagi insan-insan yang memerlukan.
Fokus utama kami adalah memberi bantuan kepada anak yatim dan pelarian serta menyediakan pelbagai khidmat wakaf.
Visi kami pula ialah mengurangkan kadar kemiskinan, memberikan pendidikan sejagat, menyediakan keperluan asas kepada yang memerlukan dan pembangunan insaniah.
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah berikanlah pahala infaq ini kepada arwah ibuku, arwah bapa mertuaku, datukku, nenekku, serta seluruh ahli keluargaku yang telah meninggal dunia. Cucurilah rahmat ke atas roh mereka. Limpah ruahkanlah rezeki untukku dan seluruh ahli keluargaku. Kurniakanlah rahmatMu dan redhaMu kepadaku serta seluruh ahli keluargaku. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bertaqwa dan bersyukur.
Anda mengaminkan doa ini