Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Kelab Jelajah Malaysia (KJKL) ini ditubuhkan untuk program-program jelajah, amal dan aktiviti kebajikan.
Hamba Allah
Semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga. Dijauhkan dari kesempitan, kemiskinan, kesukaran, kesakitan. Dikurniakan kesihatan yang berkekalan. Dipermudahkan segala urusan belajar saya sebagai seorang mahasiswa. Tolong aaminkan ya semua.
1 orang mengaminkan doa ini
HAMBA ALLAH
Semoga smua urusan kita dipermudahkan dunia akhirat. Moga ramadan kali ini lebih bermakna dan diberkati oleh Allah SWT. Semoga Allah kurniakan kita kebaikan di dunia dan akhirat serta dijauhkan seksaan neraka. Moga amal kita diterima.
Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang luas. Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Ya Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada saudara Islam kami yang ditindas. Lindungilah mereka dari kekejaman rejim zionis dan permudahkan misi bantuan untuk sampai kepada mereka yang ditindas.
Anda mengaminkan doa ini