MASJID AL IMAM ASH SHAFIE TAMAN MALURI

Aktif sejak May 19, 2021

Tentang Penganjur

           Masjid Al-Imam Ash-Shafie telah dibina atas Lot No. P.T. 1674 Jalan Perkasa, Taman Maluri, Kuala Lumpur yang luasnya kira-kira 1.9 ekar. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1987 dan siap serta boleh digunakan pada bulan Oktober, 1993.


Terdapat pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak masjid seperti kuarters, Dewan Seri Perkasa,bilik kuliah dan perpustakaan. Tandas, tempat berwuduk, bilik pengurusan jenazah, bilik mesyuarat dan dapur juga disediakan untuk kegunaan ramai.

 

           Masjid ini juga mempunyai premis perniagaan dan sekolah rendah agama di kawasannya. Terdapat juga pusat asuhan kanak-kanak yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Kanak-kanak Nur Saadah yang terletak bersebelahan dengan kelas murid sekolah rendah ini. Masjid ini juga sering kali menjadi destinasi DYMM Yang Dipertuan Agong untuk menunaikan solat Jumaat bersama rakyat jelata.

 

                    Baru-baru ini, ketika umat Islam lain sedang menanti malam pertama Ramadan, masjid telah diuji dengan runtuhnya struktur kubah dan bumbung serta beberapa bahagian masjid rosak teruk dibadai ribut yang menyebabkan masjid terpaksa ditutup selama 2 minggu bagi kerja baikpulih sementara.

JALAN PERKASA, TAMAN MALURI, 55100, KUALA LUMPUR , 55100, KUALA LUMPUR, Wilayah persekutuan, Malaysia
masjid.al.imam.ash.shafie@gmail.com
03-92812472