Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Busyra (MATAB) bermula melalui perbincangan di antara 3 orang iaitu Mohd Kori Bin Salleh, Mohd Aza Bin Puteh dan Mohd Rosdi Bin Mad Nor dalam Mesyuarat Ajk Masjid Jamek Pengadang Baru. MATAB di tubuhkan pada tahun 2014 di bawah seliaan Jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Pengajian yang berteraskan hafazan Al-Quran dan ulum diniyyah serta teras akademik ini bermatlamat bagi melahirkan golongan huffaz contoh dan berketerampilan.
Dahulu matab beroperasi di bangunan banglo, hadapan pintu masuk Masjid Jamek Pengadang Baru. Selaras dengan penambahan jumlah pelajar dan keperluan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang Baru mengambil inisiatif untuk membina satu bangunan baru di sebelah belakang masjid dengan sumbangan kewangan daripada orang ramai. MATAB mula beroperasi di bangunan baru ini bermula 2019 dengan hanya kelengkapan kelas, mussola, asrama, kantin dan sebagainya.Pengambilan pelajar bermula daripada umur 13 tahun iaitu pelajar tingkatan 1.
Hamba Allah
Ya Allah kau berikanlah kesihatan yg berpanjangan kpd mama salbiah awang mamat utk menjaga abah ismail muhammad..dimatikan dlm khusnul khatimah da syurga firdaus bersama org2 yg tersayang..dipermudahkan urusan pernikahan siti nadiah ismail..ya Allah ya mujib kau perkenankanlah segala doa-doanya..amin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
DOAKAN KESIHATAN AYAH SAYA NAPRABI BIN IMBARI SIHAT SENTIASA SEPERTI DULU DAN SEMOGA ROH ARWAH IBU SAYA MESNAH BINTI SARKAT DITEMPATKAN DIKALANGAN PARA SOLIHIN DAN SEMOGA KAMI SEMUA SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT SENTIASA DALAM RAHMAT DAN PERLINDUNGAN ALLAH DAN DILIMPAHKAN REZEQI YG HALAL LAGI BARAQAH MELIMPAH DAN TAK PUTUS PUTUS SEPERTI AIR ZAM ZAM
0 orang mengaminkan doa ini