Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Ya Allah tuhan pemilik alam, yang menguasai langit dan bumi, limpahkan kekuatan kepada mereka yg berada di Gaza. Berikan lah kemenangan buat kami umat islam. Dalam keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, kurniakan lah kepadaku rezeki zuriat yang dinanti². Izin kan lah aku menjadi seorang ibu tahun ini. Amin yra.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
SURYANE BINTI SAIDIN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ Ya الله kami bersyukur di atas segala nikmat yg Engkau kurniakan kepada kami. Ya الله, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu Ya الله.
Anda mengaminkan doa ini
UMI KALSUM BINTI ISHAK
Semoga Allah permudahkan urusan saudara di Palestine. Tiada Tuhan disembah melainkan Allah. Bantulah saudaraku Ya Allah juga permudahkan urusan bantuan kepada saudaraku Ya Allah. Semoga dengan sedikit sumbangan ini saya dapat keberkatan dunia & akhirat. Semoga hidup saya berubah ke jalan yg diredhoi Allah s.w.t.
Anda mengaminkan doa ini