Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Ya Allah Permudahkan segala urusan saudara Islamku di bumi Palestine. Semoga kemenangan berpihak kepada mereka. Gantikanlah darah dan air mata mereka yang mengalir sebagai kenikmatan yg Indah di syurga kelak. Sesungguhnya kami tak sanggup ke nerakamu tapi kami jua tak layak ke syurgamu. Ampunkan kami Ya Allah. Terimalah amalan kecilku ini Ya Allah. Matikanlah aku didalam keadaan yg beriman. Amin.
Anda mengaminkan doa ini