Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosaku, dosa suamiku Mahfuz bin Roslan, kedua ibu bapaku, dosa seluruh umat Islam di dunia ini, hidup dan matikan kami dalam iman, selamatkan seluruh umat Islam di seluruh dunia dari penindasan kaum kuffar, bimbinglah hidup kami ke jalan yang diredhai Allah, kekalkan kami dalam jemaah Islam, kurniakan kami syahid, permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Bismillah... Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha penyayang, dan dgn kemuliaan dan ketinggian darjat Nabi Muhammad S.A.W.... semoga Allah sentiasa melindungi saudara/i kami, memudahkan urusan dan mencukupkan keperluan mereka. Bebaskan mereka dr insan2 yg zalim dan melampui batas Ya Allah. Amin.
0 orang mengaminkan doa ini