Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Ya Allah , kasihanilah saudara2 kami di Palestine. Selamatkan mereka. Lindungilah mereka. Murah kan rezeki mereka. Ya Allah Ya Syafi sembuhkan kami jika ada di kalangan kami yg sakit. Berikan lah kami kesembuhan yg sempurna tanpa meningggalkan rasa sakit.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga saya mendapat jodoh yg soleh yg baik agama & akhlaknya, dia dtg meminang saya & menjadi sahabat saya di dunia & akhirat. Semoga saya sihat dr penyakit zahir, batin, mental, fizikal, rohani & jasmani. Semoga sy selamat dunia akhirat. Semoga saya menjadi anak & wanita solehah. Semoga saya dikurniakan keberkatan rezeki & umur. Aamiin..
0 orang mengaminkan doa ini