Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah, lindungilah aku dan seluruh ahli keluargaku daripada malapetaka & fitnah manusia. Kuatkanlah imanku dan ahli keluargaku serta Kau limpahkan rezeki seperti sungai yang mengalir kepada kami. Kuatkan langkah kakiku dalam menempuh ujian dan berilah kesihatan yang baik kepadaku, ibubapaku serta mereka yang diuji dengan kesihatan. Aamiin Ya Rabb.
0 orang mengaminkan doa ini